Home Nasional Kanak-kanak jatuh ke sungai ditemui mati

Kanak-kanak jatuh ke sungai ditemui mati

Pemandu kereta yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kecederaan dua penunggang motosikal di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) semalam rupa-rupanya dalam keadaan mabuk.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun yang hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Bakau, Rawang, Jumaat lepas, ditemukan maut, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Arifai Tarawe berkata mayat Muhamad Shuail Fazli, ditemui pada kira-kira pukul 8.00 pagi sekitar lima kilometer dari tempat dia dilapor terjatuh.

“Mayat ditemui pihak bomba dan penyelamat di Sungai Guntong berhampiran Tasik Puteri Kundang di sini, dan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhamad Shuail yang bermain bersama abangnya di tebing sungai berkenaan dikatakan tergelincir sebelum dihanyutkan arus deras dalam kejadian pukul 3.30 petang itu. – Bernama