Home Nasional Rakyat Malaysia masih tidak dibenarkan ke luar negara

Rakyat Malaysia masih tidak dibenarkan ke luar negara

Suasana yang lengang sekitar kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sepang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 27 APRIL 2020.

KUALA LUMPUR – Setakat ini kerajaan masih mengekalkan polisi untuk tidak membenarkan warga negara tempatan ke luar negara.

Pendekatan sama turut dikekalkan kepada warga asing yang mahu masuk ke Malaysia.

Bagaimanapun, pertimbangan masih diberikan berdasarkan kes-kes tertentu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun penuntut yang belajar di luar negara boleh dipertimbangkan jika perlu menjalani peperiksaan.

Pertimbangan sama juga diberikan kepada warga asing, khususnya diplomat dan para peserta Malaysia My Second Home.

”Jabatan Imigresen boleh memberi pertimbangan berdasarkan setiap kes,” katanya.

Bagaimanapun, Jabatan Imigresen perlu melihat terlebih dahulu jika ada permohonan daripada ahli-ahli sukan untuk ke luar negara bagi menyertai pertandingan.

“Aktiviti sukan seperti Sukan Olimpik di Jepun ditangguhkan disebabkan tindakan tegas negara itu. Dari segi keperluan Jepun bertegas,” katanya. – MalaysiaGazette