Home Dunia Zarif ramal Trump masih ada peluang

Zarif ramal Trump masih ada peluang

Mohammad Javad Zarif . foto Agensi

TEHRAN – Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata, Donald Trump masih mempunyai peluang yang baik untuk dipilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat walaupun sokongan ke atasnya menurun sejak beberapa bulan lalu.

“Kesalahan terbesar dalam sains manusia adalah meramalkan. Tetapi izinkan saya membuat ramalan bahawa peluang Trump dalam pemilihan semula adalah lebih dari 50%. Tentu saja peluangnya menurun jika dibandingkan empat hingga lima bulan yang lalu,” katanya.

Tetapi, tambahnya, Trump mempunyai pangkalan 30-35% yang tidak bergerak dan selagi pangkalan ini tidak bergerak, masih ada kemungkinan beliau dipilih semula,” kata Zarif dalam wawancara melalui di Instagram.

Hubungan antara Iran dan Amerika Syarikat telah berubah menjadi semakin buruk sejak Trump menarik balik perjanjian nuklear 2015 pada tahun lalu dan mengenakan sekatan semula untuk melumpuhkan ekonomi Tehran.

Iran telah bertindak balas dengan secara perlahan-lahan mengurangkan komitmennya dalam perjanjian tersebut.

Trump awal bulan ini mengatakan pemimpin Iran menjadi salah satu negara yang mengharapkan kekalahannya dalam Pilihan Raya Presiden pada November.

Tinjauan pendapat baru-baru ini menyaksikan Trump kalah kepada calon Demokrat, Joe Biden.

Zarif berkata, Trump sendiri boleh membuat kesimpulan bahawa tindakannya mengenakan “tekanan maksimum” kepada Iran telah gagal.

“Saya tidak fikir Trump masih percaya lagi mengenai keruntuhan Republik Islam tetapi dia terus mengulangi kesalahannya.

”Nampaknya mereka (pegawai AS.) tahu mereka telah melakukan kesalahan tetapi tidak tahu membetulkannya,” katanya. – MalaysiaGazette