Home Nasional 3 pengarah syarikat terlibat rasuah RM90j dibebaskan

3 pengarah syarikat terlibat rasuah RM90j dibebaskan

SPRM

PUTRAJAYA – Tiga pengarah sebuah syarikat yang direman empat hari kerana disyaki melakukan perbuatan rasuah bagi memperolehi satu kontrak promosi pengiklanan kelolaan sebuah agensi kerajaan bernilai lebih RM90 juta pada tahun 2019 dibebaskan dengan jaminan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber memberitahu MalaysiaGazette, ketiga-tiga individu itu telah dibebaskan dengan jaminan SPRM semalam.

Kesemua suspek berusia antara 31 hingga 48 tahun telah ditahan pada 11 Jun lalu di ibu pejabat itu suruhanjaya itu.

Mereka kemudian dihadapkan ke Majistret Putrajaya pada hari sama sebelum direman empat hari sehingga Ahad 14 Jun 2020.

Bagaimanapun ketiga-tiga suspek berkenaan dibebaskan dengan jaminan selepas diambil keterangan lanjut.

SPRM dikatakan sedang dalam proses melengkapkan kertas siasatan kes tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 117, Kanun Acara Jenayah untuk disiasat lebih lanjut bagi melengkapkan siasatan.

Laporan lengkap apabila siap nanti dijangka dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara atau Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan.

Dalam kenyataan 11 Jun lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan penahanan ketiga-tiga suspek itu.

Katanya, SPRM juga telah mengenal pasti pegawai agensi yang terlibat dan akan membuat beberapa siri tangkapan yang melibatkan individu yang bersekongkol dengan ketiga-tiga pengarah syarikat ini.

Sumber SPRM mendedahkan syarikat berkenaan telah mengemukakan dokumen dan maklumat palsu untuk memasuki tender sehingga ditawarkan kerja-kerja tersebut.

Syarikat terbabit juga dikatakan tidak memiliki kelayakan serta gagal melepasi penilaian teknikal dan kewangan.

“Disebabkan bayaran suapan rasuah kepada orang dalam, maka semua syarat asas diketepikan bagi membolehkan kontrak tersebut diberikan kepada syarikat terbabit.

“Siasatan telah dimulakan ke atas mereka di bawah seksyen 17(a) dan Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.- MalaysiaGazette

3 pengarah syarikat direman disyaki rasuah kontrak iklan agensi kerajaan RM90 juta

 

1 Komen

Comments are closed.