HONG KONG – Disneyland Hong Kong akan dibuka semula pada 18 Jun ini selepas ditutup sejak akhir Januari lalu.
Bagaimanapun, jumlah pengunjung dihadkan bagi memastikan keselamatan terjamin.
Bandar ini melaporkan beberapa kes baharu baru-baru ini, dengan jumlahnya setakat ini sebanyak 1.110 kes dan empat kematian.
Sebilangan besar lokasi membeli-belah dan makan di taman akan memulakan semula operasi dengan “kapasiti terkawal”, sementara langkah-langkah penjarak sosial akan dilaksanakan di restoran dan kemudahan lain.
Perkhidmatan hotel juga akan beroperasi secara berperingkat-peringkat.
Resort Disneyland di Hong Kong dimiliki oleh usaha sama, Taman Tema Antarabangsa Hongkong, yang mana kerajaan tempatan memiliki 53 peratus dan selebihnya Walt Disney Co. – MalaysiaGazette