WASHINGTON – ‘Trump Bump’ tidak membawa faedah kepada kebanyakan warga Amerika, apabila satu daripada enam memaklumkan kewangan peribadi mereka tidak bertambah baik sejak Donald Trump menjadi presiden.
Dapatan itu hasil tinjauan yang dijalankan oleh Bankrate.com.
Hampir dua kali ganda responden mengatakan keadaan kewangan mereka semakin buruk sejak Trump berpindah ke White House pada Januari 2017.
Sementara kira-kira separuh daripada orang dewasa AS yang mewakili 45% tinjauan mengatakan keadaan kewangan mereka tetap sama.
Ada kumpulan melaporkan prestasi kewangan mereka lebih baik di bawah pentadbiran Trump, termasuk kaum lelaki, golongan kulit putih dan mereka yang memperoleh AS $ 80,000 atau lebih setiap tahun.
Tiga dari lima yang ditinjau mengatakan mereka gagal melihat peningkatan kekayaan peribadi masing-masing semasa pentadbiran Presiden Trump, bahkan sebelum koronavirus melanda Amerika Syarikat (AS) hingga merosakkan ekonomi dan melenyapkan keuntungan daripada pasaran saham selama tiga tahun terakhir.
Indeks penanda aras S&P 500 melonjak 58% sejak pemilihan Mr Trump pada 2016 mencatatkan rekod pada bulan Februari, ketika bermulanya kemelesetan yang disebabkan oleh wabak Covid-19.
Penanda aras sejak itu turun 10%, sementara kadar pengangguran melonjak setinggi 14.7% pada bulan April dari paras terendah 50 tahun.
“Walaupun pengangguran rendah sebelum wabak, kenaikan pendapatan lambat,” kata Mark Hamrick, penganalisis ekonomi kanan di Bankrate.com.
Kira-kira 42% daripada mereka yang ditinjau menilai keseluruhan pengendalian ekonomi Trump secara negatif sementara 35% menyatakan mereka melakukan pekerjaan dengan baik atau sangat baik.
Rizab Persekutuan mengekalkan kadar faedah hampir sifar hingga 2022, memberi amaran ketidaktentuan ekonomi AS pada pasca wabak.
Potensi pengundi hampir sama, yang mana calon Presiden 2020 akan menjadi taruhan yang lebih baik untuk masa depan kewangan mereka.
Trump dan Demokrat Joe Biden masing-masing mendapat lebih daripada satu pertiga sokongan. Selebihnya mengatakan tidak ada calon yang lebih baik atau mereka tidak tahu.
Hanya 35% dari mereka yang mengatakan kewangan mereka telah dipengaruhi secara negatif oleh wabak Covid-19 dan berpendapat keadaan kewangan mereka akan bertambah baik menjelang pilihan raya November.
Tinjauan terhadap 1,343 orang dewasa dilakukan pada 3-4 Jun lalu oleh YouGov Plc. – MalaysiaGazette