Home Utama PNB terima peletakan jawatan Jalil, pengganti akan diumumkan

PNB terima peletakan jawatan Jalil, pengganti akan diumumkan

Abdul Jalil Rasheed

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengarah Permodalan Nasional Berhad (PNB telah meluluskan pelantikan pengganti Abdul Jalil Rasheed selepas peletakan jawatannya sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) diterima.

Pengumuman akan dibuat setelah menerima kelulusan daripada pihak kawal selia.

PNB lewat petang ini mengesahkan peletakan jawatan Jalil selepas lapan bulan menerajui institusi pelaburan utama negara.

BACA: PNB putuskan kedudukan Jalil Rasheed dalam masa terdekat

Jalil diminta ‘berundur’ atas alasan kelayakan akademik – Kadir

PNB bakal dapat peneraju baharu?

Ahmad Zulqarnain Onn bakal ke PNB?

Peletakan jawatan Jalil berkuatkuasa hari ini, kata PNB.

Jalil dilantik menerajui jawatan itu pada 1 Oktober 2019.

”Lembaga Pengarah dan Kumpulan Kepimpinan PNB menyampaikan penghargaan mereka kepada Jalil atas kepimpinan dan sumbangan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau bersama PNB.

”PNB mengucapkan selamat maju jaya kepada Encik Jalil dalam semua usaha di masa hadapan,” tambahnya.

Peletakan jawatan Jalil sudah dijangkakan susulan isu kelayakan akademiknya dipersoalkan sejak Jumaat lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:

CEO PNB Jalil Rasheed letak jawatan

 

2 Komen

  1. kah kah kah…dilantik pun bukan sebab kelayakan tp cucu sedara Atok Medey..degree 3rd class pun blh jd CEO PNB? berlambak anak Melayu tulin (bukan kerala) kat luar sana yg lebih layak dgn 1st & 2nd class degree…pooodahhh

Comments are closed.