KUALA LUMPUR – Bekas timbalan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh, akan dipanggil memberi keterangan berhubung kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sosialnya baru-baru ini.
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata, Ahli Parlimen Segambut itu dipanggil untuk memberi keterangan pada 23 Jun ini.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada Bernama.
Yeoh menerusi laman Twitternya memaklumkan dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung satu catatannya sebelum ini.- BERNAMA
ARTIKEL BERKAITAN:
Elok lah kalau dah pandai Sgt jwb lah di bukit Aman Sana,!