Home Ekonomi Malaysia Autoshow ditangguhkan

Malaysia Autoshow ditangguhkan

Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari berkata bagaimanapun pihaknya akan menunggu sehingga Isnin depan, sebelum semua cadangan mengenai projek tersebut dimuktamadkan.
Madani Sahari

KUALA LUMPUR – Acara automotif tahunan Malaysia, Malaysia Autoshow  telah ditangguhkan kepada tahun depan berikutan ancaman pandemik COVID-19 yang masih berterusan.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Madani Sahari dalam satu kenyataan berkata, walaupun ditangguh, MARii sedang melihat teknologi yang berpotensi bagi menganjurkan jualan automotif dan rancangan pendidikan dalam bentuk digital.

“Walaupun tahun ini tiada acara ‘autoshow’, ia menjadi masa terbaik untuk memikirkan semula dan mengubah secara inovasi cara kami mengumpul komuniti automotif dengan cara yang lebih selamat.

“Kami berharap keadaan akan bertambah baik pada tahun ini supaya kami boleh mula merancang untuk mengadakan ‘autoshow’ yang lebih besar pada tahun depan, mempamerkan teknologi mobiliti terkini dan mewujudkan pengalaman baharu dalam pameran automotif serta mudah alih bagi pengguna celik teknologi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette