Home Utama Ada kesilapan ‘typo’ dalam pendakwaan kes Najib

Ada kesilapan ‘typo’ dalam pendakwaan kes Najib

Najib Razak

KUALA LUMPUR – Pasukan pendakwaan mengejutkan mahkamah hari ini apabila menyatakan berlaku kesilapan menaip (typo) perkataan dalam  kes perbicaraan Datuk Seri Najib Razak.

Ini bukan kesalahan kali pertama tetapi sudah dua kali terjadi.

Namun Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pendakwaan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetap mengatakan kesilapan tersebut tidak begitu ‘besar’ sebaliknya hanya kesalahan perkataan sahaja.

Tegas Gopal Sri Ram, pertuduhan tetap sama terhadap Najib dan itulah yang sepatutnya diberikan fokus utama.

Malah kata peguam itu, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk berhujah dengan pasukan pembelaan berhubung perkara itu pada minggu hadapan.

Bagaimanapun, peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bangkit membantah dan seolah-olah tidak percaya isu ini dipandang begitu mudah walhal perbicaraan yang sudah masuk hari ke-11 hari ini juga sudah dibicarakan selama berbulan-bulan.

Pelbagai saksi pendakwaan juga sudah tampil memberikan keterangan panjang lebar berhubung pertuduhan tersebut.

“Ini bukanlah isu ‘typo’ sahaja, ianya melibatkan elemen penting dan bukanlah sekadar ejaan sahaja. Sepatutnya pertuduhan yang dikemukakan itu spesifik dan jelas dari awal lagi.

“Sepatutnya keadilan sangat diperlukan dalam konteks ini, ianya juga perlu tegas dan jelas bagi membolehkan yang tertuduh itu membela diri. Ini soal kebebasan seseorang.

“Pada awal pertuduhan sudah di nyatakan Najib salah guna kedudukan dan menyebabkan pindaan laporan audit 1MDB yang telah disediakan oleh Ambrin Buang sebelum dibentang kepada PAC.

“Sekarang mereka dakwa lain pula, AG telah muktamadkan laporan audit itu dan mendakwa ianya dipinda selepas itu,” tegasnya.

Najib ketika keluar selepas penangguhan perbicaraan kelihatan beberapa kali menggeleng kepala tidak percaya dengan apa yang berlaku sebentar tadi ketika perbicaraan melibatkan dirinya serta bekas Ketua Eksekutif 1MDB, Arul Kanda.

MalaysiaGazette difahamkan ketika mendakwa Najib pada awal-awal kes oleh pendakwaan, tuduhan ke atas seperti berikut;

“Najib telah mengarahkan laporan akhir audit yang ‘sedang’ disediakan ‘sebelum’ ianya dimuktamadkan dipinda,”.

Namun pada hari pertama perbicaraan, pendakwaan meminda tuduhan perbicaraan kepada;

“Najib telah mengarahkan laporan akhir audit yang ‘telah’ disediakan ‘sebelum’ ianya dimuktamadkan, dipinda,”.

Bagaimanapun setelah hampir berbulan perbicaraan, kini pendakwaan memohon mahkamah meminda tuduhan sekali lagi dan menjadi;

“Najib telah mengarahkan laporan akhir audit yang ‘telah’ disediakan ‘selepas’ ianya dimuktamadkan, dipinda.

Seandainya terdahulu ada ‘typo’ sebelum kini mahu ianya dalam kertas pertuduhan rasmi dipinda kepada ‘selepas’.

Peguambela Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Shafee Abdullah hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 05 MAC 2020

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan kemudian menetapkan 24 Jun ini bagi mendengar hujah kedua-dua belah pihak sebelum cuba membuat keputusan pada hari sama adakah kebenaran meminda seperti yang di minta pendakwaan boleh dilakukan.

Setakat ini, tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan termasuk bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada PAC untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Manakala Arul Kanda didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan ke atas laporan itu, untuk melindungi Najib daripada dikenakan tindakan. –MalaysiaGazette

12 Komen

  1. Tanpa nama..jgn jadi bodoh..najib byr ko ke..ke rosmah kasi beg dia satu kt ko..aku umno tp bukan najib yg aku sokong..umno kalau tak ketepikan najib zahid sebelum pru..memg susah nk menang..pemimpin umno byk yg lebih bagus..

  2. Itu bukan typo namanya? Itu kesalahan SERIUS! Tiada konfiden level untuk buat pendakwaan, teragak2, guessing2 etc.

    Kalau typo ejaan selepas dieja seperti SELIPES atau SELIPAS, atau sebelum dieja SELEBUM etc etc.

    Susah sangat ke nak paham?

  3. Pendakwa Raya yg bijak pandai boleh jadi macam itu ke,berpusing pusing pertuduhan

  4. Kes BESAR mcmni pun blh typo..yg menaip tu bdk tadikaa ke apa..atau x puas lg nk fitnah DSN…sdh2 lah tu rakyat dh x percaya lg tuduhan ke atas DSN, Hakim yg bijaksana TOLONG LAH jgn tunjuk sgt kebodohan pendakwaraya2 di Malaysia ni..malu wei

  5. Nak kata Bodoh dah jd lawyer, Nak kata bangang dah tua bangka wat kerja yg sama, nak kata mangkuk dah pandai pakai piring bagai, semuanya after though so tan sri just ask TH Judge squash the case.. ni kira comtemption ke? , kang jd mcm MK pulak…

  6. Ni ke standard lawyer2 kt negara kita..asal tgk x leh mng kes pinda tuduhan dh kemaruk sgt nk nmpkkan DSN bersalah..‍♂️

  7. Dah nama nya paria.. Cakap berbelit.. Susun bahasa pun berbelit juga la.. Tu la di suruh sekolah melayu tak nak.. Nak juga sekolah keling.. Duk di malaysia bahasa malaysia pun tak reti.. Dia tau beza ke typo dgn slh ayat..

Comments are closed.