PUTRAJAYA – Terlalu banyak masa disia-siakan hanya melayan spekulasi lanskap politik Malaysia, kata Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, isu politik yang tidak bermanfaat perlu diketepikan dan para pemimpin sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19, memulihkan ekonomi dan mengembalikan anak-anak ke sekolah.
Ditanya kemungkinan berlaku pilihan raya mengejut, Hishammuddin menjawab, ini adalah kali pertama beliau mendengar mengenai perkara tersebut.
“Cukup-cukuplah berpolitik.. inilah sebab saya tidak suka melayan soal berkaitan pilihan raya umum,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN dengan Rusia mengenai Covid-19 secara persidangan video di Wisma Putra petang tadi.
Menurut Hishammuddin, negara mempunyai mempunyai satu tanggungjawab besar yang memerlukan perhatian lebih berat melibatkan kanak-kanak, ekonomi dan taraf hidup.
Menurutnya, rakyat masih menderita akibat kehilangan pekerjaan dan punca pencarian ekoran kesan Covid-19 yang melanda sejak Mac lalu.
“Jika tanya saya secara peribadi, ini sesuatu yang tidak seberapa menggembirakan saya sebaliknya sangat menyedihkan.
“Terlalu banyak masa telah disia-siakan hanya spekulasikan berkenaan landskap politik di negara ini,” tegasnya. – MalaysiaGazette
Oghang Uthara kata dah meluat dah!
Takkan atok dengan geng-geng dia tak gheti kot?
Bang non pun faham kan?