Home Nasional Bantu polis cari Siti Dhanniyah Darwisyah yang hilang

Bantu polis cari Siti Dhanniyah Darwisyah yang hilang

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta membantu polis menjejaki seorang gadis remaja, Siti Dhanniyah Darwisyah Juannis berusia 17 tahun hilang baru-baru ini.

Pegawai Polis dari Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Inspektor Faraheeda Wan Muhamad Saleh dalam kenyataan media berkata, Siti Dhanniyah Darwisyah Juannis berusia 17 tahun itu kali terakhir dilihat adalah pada 15 April lalu jam lebih kurang 11.45 pagi di Kondominium 222, Residency Setapak.

Gadis berkenaan memegang kad orang kelainan upaya (OKU-Ketidakupayaan Intelektual).

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Asisten Superintendan, Gopal Subramanian (Pegawai Penyiasat Kanan) di talian 012-5120242, Inspektor Mohamad Faiz Mohd Yasin (Pegawai Penyiasat) di talian 011-19823703.

Orang yang mempunyai maklumat mengenai gadis itu juga diminta memanggil Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.- MalaysiaGazette