Home Nasional Sindiket judi online lumpuh, 42 warga China ditahan

Sindiket judi online lumpuh, 42 warga China ditahan

seramai 42 suspek warga China yang terlibat dalam judi online menjadikan Kondominium mewah di Jalan Tun Razak sebagai Pusat Panggilan berjaya ditumpaskan Polis Kuala Lumpur dalam serbuan 16 Jun lalu.Foto Ihsan JSJ IPKKL.

KUALA LUMPUR – Walaupun pelbagai siri tangkapan sindiket judi online bertaraf tempatan dan antarabangsa dijalankan oleh polis, namun warga asing masih kebal dan berani untuk terus melanggar undang-undang negara.

Dalam serbuan terbaharu di ibu negara, seramai 42 orang suspek warga China termasuk dua wanita yang giat dalam kegiatan judi online di beberapa unit kondominium mewah i berjaya dicekup polis kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dalam serbuan terbaharu oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur di beberapa unit Kondominium di Jalan Tun Razak sekitar jam 5.30 petang hingga 9 malam, kesemua suspek yang disyaki mendalangi kegiatan judi online itu ditahan.

Selain itu barang elektronik turut dirampas iaitu 24 set komputer meja,Sembilan Unit Pemprosesan Pusat (CPU), Sembilan unit Monitor,13 unit papan kekunci,seunit komputer riba, 13 unit tetikus, 42 unit Iphone, 231 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 5 unit router, seunit Port Pengecaj pelbagai fungsi, 40 Kabel Pengecaj dan GPON Terminal jenama Huawei.

Katanya, polis memandang serius isu kegiatan perjudian haram terutamanya  judi online dan pelbagai operasi giat dijalankan untuk membanteras kegiatan ini.

Antara 42 suspek warga China yang terlibat dalam judi online menjadikan Kondominium mewah di Jalan Tun Razak sebagai Pusat Panggilan berjaya ditumpaskan Polis Kuala Lumpur dalam serbuan 16 Jun lalu.Foto Ehsan JSJ IPKKL.

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM 350,000.00. Hasil siasatan dan pemeriksaan mendapati modus operandi sindiket ini adalah mempromosikan judi atas talian (JOL) bagi pasaran luar negara iaitu negara China dengan menggunakan aplikasi WeChat, Whatsapp dan QQChat.

“Sindiket ini menghantar ratusan pesanan WeChat/Whatsapp/QQChat kepada pelanggan di negara China dan telah beroperasi selama lebih kurang 2 bulan lalu,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Tambah Mazlan, setiap unit premis yang dihuni kesemua suspek berkenaan disewa sebanyak RM6,500.00.

Siasatan lanjut polis juga mendapati, anggaran gaji bulanan yang diterima setiap pekerja berkenaan antara RM2,500.00 hingga RM3,000.00.

Premis judi haram atas talian berkenaan beroperasi pada setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 9 malam dan pekerja sindiket akan mengawal komputer utama serta telefon bimbit.

“Semua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke IPD Wangsa Maju untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

Kesemua mereka telah direman selama 14 hari bermula Khamis 18 Jun 2020 hingga 1 Julai 2020.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

seramai 42 suspek warga China yang terlibat dalam judi online menjadikan Kondominium mewah di Jalan Tun Razak sebagai Pusat Panggilan berjaya ditumpaskan Polis Kuala Lumpur dalam serbuan 16 Jun lalu.Foto Ehsan JSJ IPKKL.Mazlan menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang kegiatan perjudian haram ini kerana tindakan tegas berlandaskan undang- undang akan diambil terhadap penganjur serta pelanggan yang bermain atau berada di dalam premis yang menjalankan kegiatan perjudian haram ini.

Memandangkan sindiket-sindiket sebegini memilih kondominium mewah atau banglo sebagai tempat beroperasi polis meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya terdapat sebarang kegiatan yang mencurigakan di kawasan masing-masing.

“Sebarang maklumat orang ramai boleh menyalurkannya ke Bilik Gerakan Khas 24 Jam Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0670, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau menghubungi mana–mana balai polis berdekatan,” tegas beliau lagi.