Home Politik Survival UMNO bukan di tangan parti lain

Survival UMNO bukan di tangan parti lain

Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA LUMPUR – Survival politik UMNO ditentukan oleh rakyat dan bukan rakan kerjasama dalam parti.

Oleh itu, Wan Saiful Wan Jan diingatkan jangan cuba merampas atau ‘hijack’ UMNO dan menafikan jasa parti ini yang membantu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi kerajaan semula dan melantik pemimpinnya kembali sebagai menteri.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris menasihatkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu sudah-sudahlah berpolitik kerana rakyat sudah muak dengan politik yang kucar-kacir.

Menurut beliau, mereka yang sudah diberi peluang menjadi kerajaan buatlah kerja.

”Survival politik UMNO ditentukan oleh rakyat. Bukan rakan kerjasama dalam parti. Jatuh bangun UMNO terletak pada rakyat Malaysia.

”Janganlah menjadi seperti kacang yang lupakan kulit,” katanya yang mengulas kenyataan Wan Saiful yang meminta UMNO berkorban demi kestabilan Perikatan Nasional.

Najmil berkata, beliau bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin bahawa UMNO bukan talian hayat untuk menyelamatkan mana-mana parti, mana-mana ahli politik atau mana-mana pemimpin.

Bahkan, tegasnya, kekuatan UMNO adalah pada akar umbi dan ahli parti yang setia dan jika jasa UMNO tidak dihargai dan dikenang, maka kerajaan Perikatan Nasional juga tidak akan kekal lama.

Malah akan kalah pada PRU akan datang, ujarnya yang pada masa sama mempersoalkan niat sebenar Wan Saiful mengeluarkan kenyataan itu kerana dengan jelas merendah