BEIJING – Kastam China meminta pengeksport-pengeksport makanan ke negara itu untuk menandatangani deklarasi bagi pengesahan produk mereka tidak dicemari oleh novel koronavirus.
Deklarasi itu mungkin satu usaha China untuk mengurangkan ujian tambahan yang telah dilakukannya terhadap makanan yang diimport selama seminggu.
Langkah itu juga menjadikan pengeksport bertanggung jawab untuk menjamin keselamatan produk mereka, kata seorang pengimport daging yang menandatanganinya.
Persatuan industri daging babi Perancis, Inaporc juga menerima notis berkenaan.
Pengisytiharan itu menyatakan kesediaan pengeksport mematuhi undang-undang dan panduan China daripada Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk memastikan makanan yang diimport ke China tidak tercemar dengan virus yang menyebabkan Covid-19.
“Sekiranya ada kes baharu atau jangkitan yang disyaki Covid-19 di kesan pada perusahaan makanan atau jika ada risiko pencemaran produk makanan yang dieksport ke China, kami bersedia mengambil semua langkah yang diperlukan untuk menghilangkan risiko keselamatan makanan dan melindungi kesihatan pengguna, “tambahnya.
Beijing mula menguji makanan yang diimport setelah wabak Covid-19 dikesan di pasar makanan borong minggu lalu.
Di Tanjin, pihak berkuasa menguji semua kontena daging, kata para pengimport.
Lebih daripada 30,000 sampel daging, makanan laut, sayur-sayuran dan buah-buahan telah menjalani saringan antara 11 dan 17 Jun.
Semua ujian didapati negatif untuk koronavirus, kata kastam. – MalaysiaGazette