Home Ekonomi Gantikan pengeluaran i-Lestari golongan B40 kepada bantuan tunai

Gantikan pengeluaran i-Lestari golongan B40 kepada bantuan tunai

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan mengganti skim pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Lestari dengan bantuan tunai bulanan RM500 untuk pekerja dalam kumpulan pendapatan B40.

Permintaan itu berikutan kebimbangan KWSP golongan tersebut akan mengalami kehabisan wang dalam Akaun 2.

Setiausaha Agung MTUC, J Solomon berkata, pihaknya sebelum ini telah menyatakan bahawa kaedah pengeluaran seumpama itu adalah bahaya.

”Jelas sekali kumpulan yang paling memerlukan simpanan untuk hari tua sudah menjadi mangsa kepada skim ini.

“Ternyata kebimbangan kami ini benar-benar berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Solomon berkata, adalah lebih baik memberikan subsidi sebanyak RM500 kepada golongan ini untuk meneruskan kehidupan memandangkan kebanyakan mereka telah kehilangan pekerjaan atau dikenakan potongan gaji.

“Hakikatnya kebanyakan pekerja ini memerlukan subsidi RM500 sebulan untuk bertahan hidup, dengan banyak yang kehilangan pekerjaan atau mengambil potongan gaji yang besar,” katanya.

Jelasnya, dengan meminda pengeluaran i-Lestari dengan bantuan kewangan, pekerja B40 akan dapat menyimpan simpanan KWSP untuk persaraan mereka.

Menurut Solomon, kerajaan berupaya mencari dana untuk tujuan ini melalui rizabnya dan pengurangkan kos operasi dan overhed di syarikat-syarikat milik kerajaan atay jabatan-jabatan kerajaan.

“Jika Singapura boleh menyediakan subsidi gaji kepada golongan pendapatan kecil untuk selama sembilan bulan, Malaysia juga mampu berbuat demikian,” tambahnya.

Beliau mencadangkan bantuan tunai itu diberikan sehingga Disember tahun ini kerana yakin golongan itu mampu bangun selepas tempoh tersebut.

Skim i-Lestari membolehkan ahli KWSP berumur sehingga 55 tahun mengeluarkan antara RM50 hingga RM500 sebulan selama 12 bulan sehingga 31 Mac 2021, tertakluk kepada dana yang ada dalam Akaun 2 KWSP milik ahli.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias melahirkan kebimbangan dengan masa depan pekerja B40 dan meminta kerajaan menghentikan skim tersebit sebelum mereka kehabisan simpanan jangka panjang.

Tambahnya, kerajaan akan menanggung beban golongan ini jika kumpulan ini tidak mempunyai simpanan dan anak-anak untuk menanggung mereka.

Akhirnya, kerajaan akan menghadapi masalah sosial, kata Tunku Alizakri. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Rm6000 je bagi yg ada baki yg banyak dalam akaun..bagi yg ada sedikit,maka sedikit lah boleh keluarkan duit dalqm akaun 2 tu..apa yg tak bagus nya..soal hari tua,bukan ke dapat dividen setiap tahun,kenapa nak risau sgt.. apa,kwsp tak mampu nak bagi dividen lg ke? Kenapa mtuc bangang ni nak bandingkan malaysia dgn singapura..kenapa tak banding kan dgn amerika..atau england ke.. duit kwsp ilestari tu duit kami,kerajaan dah benarkan utk di keluarkan.. kenapa kamu yg sibuk sgt plak ..jangan jadi bangsat sangat

Comments are closed.