KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 3.0 sen seliter kepada RM1.59 dan RM1.89 seliter bagi tempoh 20 Jun sehingga 26 Jun 2020.
Manakala harga runcit diesel naik sebanyak 4.0 sen seliter daripada RM1.73 seliter kepada RM1.77 seliter.
Kementerian Kewangan berkata, kenaikan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses, selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.
”Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette