PETALING JAYA – Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang mempertikaikan kenapa DAP bertukar dengan meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri (PM).
Beliau juga bertanya kenapa DAP tidak seangkatan dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menyakinkan Dr. Mahathir dan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bagi menyokong Anwar sebagai PM.
Katanya, berdasarkan maklum balas yang diterima daripada akar umbi parti, cadangan supaya Dr. Mahathir menjadi PM semula adalah “sangat negatif.”
Beliau memberitahu Sinchew Daily, pihak parti sedang berbincang mengenai kemungkinan gandingan Mahathir-Anwar, tetapi pemberian had masa untuk memutuskan perkara itu adalah tidak adil buat PKR.
Lih Kang berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke yang memberitahu bahawa PH mahu PKR mengumumkan pendirian secepat mungkin mengenai cadangan gandingan Mahathir-Anwar.
“Saya sedikit terkejut kerana saya ingat calon PM daripada PH adalah Anwar, ini merupakan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat PH.
“Saya tidak tahu apa yang sudah berubah. Anthony berkata sebab Mohd. Shafie dan Dr. Mahathir tidak boleh menerima Anwar sebagai calon PM sehingga lahir cadangan supaya Dr. Mahathir menjadi PM selama enam bulan.
“Kami (PKR) masih berbincang, saya rasa ia tidak adil untuk meletakkan had masa semasa proses perbincangan dijalankan,” katanya.
Lih Kang berkata, perbincangan tidak terhad kepada Biro Politik, tetapi perlu melibatkan semua Ahli Parlimen PKR.
“Kami turut mengumpul pendapat orang lain, pendapat rakyat. Apa yang diterima mengenai Dr. Mahathir kembali sebagai PM adalah sangat negatif.
“Kami sedang membuat satu keputusan secara teliti, ia tidak adil jika mahu kami mengumumkan pendirian dalam masa yang pendek,” katanya. – MalaysiaGazette
sudah sudah lah PH (Pakatan Haramjadah)
Semua gila kuasa.
Bukan shj bincang pasal calon PM, tapi turut bincang pasal calon2 utk menteri2. Pasal tu lah 3 minggu pun tak cukup.
Mahu booking jawatan menteri awal2…sebab takut jika Mahathir jadi PM, majoriti menteri dari geng dia dan MP katak.
Asyik nak bergaduh siang malam…
Ini macam kalu…Malaysia boleh tergadai!
Ayuh semua rakyat. Kita hapuskan perosak negara ini.
Steady Dap… Kamon PKR sokong je TUN utk PM9…tanpa TUN PH tiada nilai. Sekian
The TONGKANG is sinking with several TEKONG on board.
Let wait and see WHICH TEKONG will jump first…. towards which direction the TEKONG will swim to !!!
PAS sudah lama kenal perangai DAP, begitu juga dengan Bersatu dan Geng Azmin, sepatutnya PKR kena keluarkan DAP dari PH. DAP memang tidak boleh dipercayai,harap PRU15 semua kerusi DAP, PKR letak calon. Apa PKR takut, dia parti berbilang kaum. Tapi sayang PKR tidak percayakan Tian Chua