KUALA LUMPUR – Pelakon, Mia Ahmad Tarmizi selamat menimang cahaya mata kedua mereka petang semalam.
Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya, Mohd Izham Tarmizi di Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, Izham yang juga penjaga gol JDT turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan untuk isteri dan anaknya.
Bagaimanapun, Izham tidak mendedahkan status jantina anak keduanya itu.
Semalam, menerusi Insta Story, Mia turut berkongsikan foto berada di sebuah pusat perubatan untuk menyambut kelahiran cahaya matanya.
Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham dan mereka dikurniakan anak sulung, Sayf Issa pada 28 September 2018. – MalaysiaGazette