KUALA LUMPUR – Pelbagai pihak setuju dengan cadangan supaya ditubuhkan pasukan sukarelawan menentang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sebagai penyelesaian kepada negara menangani isu kontorversi itu.
Penganalisis jenayah, Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, jika Sukarelawan Menentang PATI (RETI) diwujudkan, ia akan menimbulkan fobia dalam kalangan PATI seterusnya membendung kemasukan mereka.
Katanya, akan timbul perasaan di mana setiap pergerakan mereka akan diperhatikan dan bimbang akan ditangkap oleh RETI.
“Nak keluar makan pun bimbang dan mereka akan maklumkan kepada keluarga mereka di luar negara kesukaran yang akan dihadapi.
“Mungkin mereka boleh lari duduk dalam hutan tetapi dengan kerjasama tentera dan polis hutan, pasti mereka berasa tidak selamat lagi di negara ini.
“Penyelesaian paling mudah, cepat, tepat berkesan dan kekal serta PATI tidak akan berani lagi masuk Malaysia sekali gus membersihkan negara daripada menjadi warganegara ekspres dan sindiket MyKad palsu,” katanya.
Selain itu, tambah Shahul, orang ramai digalakkan memakai lencana Saya Anti Pendatang Tanpa Izin (SAPTI) sebagai tanda solidariti dan kempen perang psikologi terhadap PATI.
“Jika ada penaja yang sanggup memberi sumbangan ini juga dialu-alukan. Peruntukan untuk tanggungjawab sosial agensi dan syarikat besar boleh disaurkan bagi tujuan penubuhan dan perjalanan RETI ini tanpa menunggu peruntukan dari kerajaan,” katanya.
Beliau mengulas laporan Malaysia Gazette yang mengetengahkan cadangan Penganalisis Kajian Strategik dan Keselamatan Negara, Professor Madya Dr Mizan Mohammad Aslam yang dijangka amat berkesan iaitu mewujudkan pasukan Sukarelawan Menentang PATI (RETI) seperti ‘Bounty Hunter’ di Amerika Syarikat, Mexico dan negara lain.
Menurut Dr Mizan, orang ramai boleh diberi ganjaran bagi setiap tangkapan PATI dan berharap akan menukar budaya daripada menyeludup PATI kepada menangkap PATI.
Pemberian ganjaran mengikut kepala sebenarnya tidak menambah beban kewangan kepada kerajaan tetapi sebaliknya lebih menjimatkan dan menguntungkan kerajaan.
Sementara itu, rata-rata netizen di laman Facebook Malaysia Gazette menyatakan sokongan jika usaha ini diambil perhatian pihak berkuasa.
Menurut netizen, Mohd Fadhil bersetuju cadangan berkenaan dan memberi cadangan komuniti setiap kawasan wajib bersatu bagi membanteras PATI.
Bagi seorang lagi warganet, DolSaid Dol pula berkata sudah banyak kali kita cadangan tapi sia-sia dan bagi sekepala yang ditangkap RM50, pasti PATI berkurangan.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Kami org muka sgt2 stuju dgn cdangan tersebut..sy slh sorg yg bnci n tidak suka kpd pati..hraap pihak krjaan dgr pandangan ahli cerdik pandai ngra..
Hampir separuh dr pagi2 ini adalah kerana penipuan pelbagai pihak.adalah tidal adil utk salahkan mereka saja. Sy bersetuju cadangan RETI ini tapi berilah mereka peluang utk mendaftar atau membuat permit sah dahulu.
Brp kali pengarah immigration telah ditukar sebyk itulah cara n jenis permit ditukar..ramai kwn2 yg dah habis beribu2 rm membuat permit tp cuma dpt sebelah kertas dr imm atau ejen2. Ramai juga pati2 ini berhabis Wang gaji utk buat permit hanya utk ditipu. Tak blh dinafikan tenaga mrk diperlukan Oleh sektor2 pembinaan, ladang dll krn rakyat kita tak mahu membuat kerja2 ini. Lihat saja kes pasar selayang..kerja 3/4 hari dah lari.
Carikan satu cara utk mendaftar mereka n cara utk mencukai pendapatan mereka supaya kerajaan/rakyat kita n pati2 ini blh bebas bekerja secara sah.
Cara ini dpt menghakis amalan rasuah Dan eksplotasi pihak2 tertentu.
Sudah terlalu lama pihak2 ini mengambil kesempatan dr pagi2 ini. Dulu jika ditahan blh la settle 50-100rm. Sekarang hingga beribu2.
Memang mrk bekerja cara x sah tp mrk juga menteri rezeki. Bygkan jika separuh gaji kena jolok utk survive. Apa yg tinggal utk mereka.
Carilah cara yg boleh menguntungkan kpd dua2 pihak.
Org kita juga yg menjual/sewa lesen pd mrk krn nak untung atas angin. Jadi jgn salahkan pati2 ini shj. Igt satu Jari menunjuk kedepan 3jari lagi kendiri sendiri..