Home Utama Usaha calonkan Anwar jadi PM gagal

Usaha calonkan Anwar jadi PM gagal

Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) mendedahkan pilihan pertama Pakatan Harapan (PH) untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri tidak berjaya mendapat sokongan bagi membentuk kerajaan.

Oleh sebab itu, PH meneruskan dengan pilihan kedua dengan mengemukakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Anwar sebagai timbalannya

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad dan Anthony Loke selaku Setiausaha Organisasi DAP.

Dalam kenyataan tersebut, DAP dan Amanah mendedahkan pilihan pertama hanya mampu mendapat sokongan maksimum 96 anggota parlimen iaitu 91 daripada PH termasuk 38 PKR, 42 DAP dan 11 PAN.

Manakala lima dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk Dr Mahathir.

”Mesyuarat tersebut memutuskan bahawa sekiranya opsyen pertama yang mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri tidak berjaya mendapat sokongan yang memungkinkan pengambilalihan kuasa dilakukan, maka opsyen kedua yang menamakan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri akan pula dikemukakan.

“Setelah berusaha sedaya upaya atau “exhausting all efforts”, kita mendapati bahawa opsyen pertama hanya mampu mendapat sokongan maksima 96 Ahli Parlimen, iaitu 91 dari Pakatan Harapan (38 PKR, 42 DAP Dan 11 Amanah) dan 5 lagi termasuk Tun dan 4 Ahli Parlimen PPBM yang bersamanya,” menurut kenyataan tersebut.

Malah, katanya, usaha terakhir Anwar untuk mendapatkan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga tidak berjaya dan tempoh masa yang dipersetujui telahpun tamat dan gagal mendapat sokongan yang mencukupi.

”Kami berharap usaha untuk mendapatkan sokongan melalui opsyen kedua boleh seterusnya dilakukan seperti mana dipersetujui kerana pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional adalah jelas mendatangkan kerosakan kepada institusi dan kewangan negara,” kata PAN dan DAP

Menurut kenyataan itu, DAP dan PAN menghormati hak PKR untuk menetapkan keputusan mereka berhubung perkara ini namun agak hairan dengan pendirian parti itu kerana pilihan ini telahpun diterima sebagai opsyen kedua dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Anwar pada 30 Mei lalu.

Menurut mereka, PH pernah membincangkan sekiranya pilihan pertama gagal mendapat sokongan, PKR perlu kembali kepada keputusan mesyuarat Majlis Presiden pada 30 Mei 2020 yang dipengerusikan oleh Anwar sendiri iaitu menerima pilihan kedua.

PKR hari ini memuktamadkan keputusan untuk kekal dengan konsensus Pakatan Harapan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan dan menolak pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan tersebut.

Perkara itu diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat (PMM) Keadilan selepas mengadakan mesyuarat khas bersama ahli-ahli Parlimen parti itu.

Dalam satu kenyataan di sini, parti itu menegaskan pihaknya telah mengambil kira pandangan semua pihak dalam mencari jalan terbaik mempertahankan kebajikan rakyat dan membawa keadilan untuk semua rakyat.

PKR, juga, kata kenyataan itu menghargai usul dan usaha rakan-rakan dalam DAP dan Amanah yang secara konsisten menyokong pencalonan Anwar sebagai calon Perdana Menteri. – MalaysiaGazette

 

PKR tolak pencalonan Dr Mahathir sebagai perdana menteri kali ketiga

11 Komen

  1. Kalau hampa sepakat kata apa yg Gomen skang berbelanja bantu rakyat semasa kesusahan ni sbg “merosakan kewangan negara”, nyata sekali cetek pemikiran hampa. Hanya tauke cina yg akan buat camtu. Catu duit utk pekerja guna alasan ekonomi tak bagus tp diri sendiri tukar kereta mewah. Jaga negara bukan jaga kompeni bapak sendiri woi. Rakyat tu aset negara.

  2. Non kena faham dalam Pakatan Hancing Plus (PH+) kuasa veto ada ditangan DAP!

    Jadi MAHU TAK MAHU Non hanya layak jadi timbalan sahaja sehingga kiamat!

  3. Kenapa mereka ni terus meroyan? Sebab diantaranya mereka didesak oleh sebahagian penduduk negara lebih kurang 35% yang terkilan melihat kerajaan diterajui oleh melayu sekali lagi. Jadi mereka tidak akan berhenti menyalak supaya ketua tokong mereka berusaha untuk merampas semula kuasa. Sekarang jangan lagi belas kasihan dengan mereka. Macai2 yang lain meroyan sebab periuk nasi dah bertaburan di depan mata.

  4. Semuga Anwar Ibrahim terus bersemangat untuk menjadi “bakal PM” ke sembilan jika gagal masih ada kerusi bakal PM kesepuluh paling penting maruah tu jangan sampai “serah tengkuk” untuk dibelit ular tu yang telah mematuk anda dua Kali hingga melekat giginya.

  5. Teruskan sahaja jadi pembangkang. Anda semua sememangnya pembangkang yg berbakat hehehehe.

  6. MANDAT RAKYAT YANG DICANANG PH.. HASIL TIPU. FITNAH JANJI KOSONG MENYEBABKAN MEREKA MENANG PRU 14…..KEMENANGAN BEGINI TERBATAL SETELAH 22 BULAN TERNYATA SEMUA MANIFESTO TIPU CARA KEJI….. TAMBAHAN PULA PH DAP CARA RASIS CUBA MENJATUHKAN MELAYU DAN ISLAM SERTA CUBA MENJATUHKAN INSTJTUSI RAJA….. MENANG TIPU DAN FITNAH PEGANG JAWATAN CARA HARAM DAN MAKAN GAJI HARAM…… MAKAN DUIT HARAM MEROSAKKAN OTAK UNTUK BERFIKIR UNTUK RAKYAT… .. JANGAN BIAR ORG SAKIT OTAK TERAJUI NEGARA

  7. Belum lagi jadi PM dah havoc nak bawa semula kes FOREX 30 billion yang hangus jadi debu kemahkamah!

    Mau tak TERKEJUT BEROK orang tua tu?

    Kah..kah..kah..

  8. Kebelakangan ini, saya perhatikan muka Anwar, Mahathir, Wan Azizah, Nurul, Guan Eng, Kit Siang, Kalid Samad, Mahfuz, Mat Sabu, dan lain-lain lagi sudah hilang seri mereka. Kesemua mereka nampak risau, menyesal, marah, sedih, rasa serba salah dan sebagainya. Menurut ilmu firasat dan psikologi, orang yang berjuang dengan ikhlas tidak akan kelihatan sedemikian. Sekarang bandingkan dengan muka-muka DSN, TSM,MN dan menteri-menteri PN. Waktu BN kalah, mereka tak mengamuk dan berdemonstrasi. Mereka nampak tenang dan terima takdir ketentuan illahi. Itu baru kita katakan pemimpin berjiwa besar. Dengan berkat kesabaran dan doa’ yang dipanjatkan pada Tuhan, akhirnya Allah, kembalikan kuasa kepada MN dan PN. Di waktu yang sama, kita lihat pemimpin-pemimpin PH saling menuding jari di antara satu sama lain dalam hal mereka hilang kuasa dan jadi bahan ketawa umum di negara ini.

  9. Keempat2 pemimpim parti ni kuat kencing..
    Masih x sedar2 ke..? Apalah bodoh sgt.. mcm mane nak tubuh kerajaan jika kebodohan ketamakkan sendiri x blh dibetulkan

Comments are closed.