Home Ekonomi Kerugian bersih Bousted naik kepada RM73.1 juta

Kerugian bersih Bousted naik kepada RM73.1 juta

Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – Boustead Holdings Bhd. mencatat kerugian bersih bagi suku pertama berakhir 31 Mac lalu apabila meningkat kepada RM73.1 juta daripada RM22.4 juta pada suku pertama 2019.

Menurut kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, perolehan merosot sebanyak 10 peratus kepada RM2.3 bilion daripada RM2.5 bilion sebelum ini, berikutan perolehan yang lebih rendah daripada bahagian perindustrian, hartanah, perindustrian berat, perdagangan, kewangan dan pelaburan kumpulan itu.

Bagaimanapun, bahagian farmaseutikalnya mencatatkan perolehan lebih tinggi sebanyak RM819.9 juta pada suku pertama 2020 berbanding RM786.1 juta pada suku pertama 2019, berikutan permintaan yang lebih tinggi daripada operasi di Indonesia.

Pengerusinya Mohamed Khaled Nordin dalam kenyataan berasingan berkata, susulan daripada pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan, aktiviti perniagaan pada dasarnya terhenti dalam banyak industri.

“Kumpulan tidak terkecuali daripada masalah ini, berikutan kebanyakan daripada bahagian kami terjejas, memberi impak kepada pendapatan pada suku pertama,” katanya.

Bagaimanapun, Mohamed Khaled yakin langkah transformasi Boustead Holdings yang sedang dilaksanakan akan membolehkan kumpulan menghadapi situasi mencabar pada tahun ini dan menambah kumpulan menyasarkan untuk mengukuhkan operasinya dan meningkatkan prestasinya dalam mencapai prospek yang lebih cerah untuk tempoh tiga tahun akan datang. – MalaysiaGazette

+ posts

1 Komen

  1. Ini kerja CEO bukan kerja Chairman nak cerita untung rugi syarikat, kerja Chairman kena memastikan apa sumbangan syarikat pada rakyat, menyediakan lebih ruang pekerjaan, kurangkan pemberhentian pekerja. Kamonlah YB-YB yang jadi Chairman. Tengok apa jadi YB TNB, aleh-aleh menteri lain yang terpaksa umum potongan.

Comments are closed.