Home Politik Mohamad Sabu jangka pilihan raya mengejut tidak lama lagi, gesa PH siap...

Mohamad Sabu jangka pilihan raya mengejut tidak lama lagi, gesa PH siap sedia

Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Presiden Amanah, Mohamad Sabu menjangkakan pilihan raya mengejut akan diadakan dalam masa terdekat, justeru beliau menggesa parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) segera mempersiapkan jentera pilihan raya  masing-masing.

Dalam satu kenyataan selepas berlangsungnya mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah hari ini, beliau menegaskan, iltizam dan komitmen dalam mempertahankan kesatuan PH sebagai satu-satunya wadah yang memperjuangkan kesejahteraan rakyat dan melaksanakan perubahan dalam negara.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab PH bersama gabungan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pasukannya serta Warisan untuk terus berusaha mengambil balik mandat dan hak rakyat yang telah diberikan kepada PH dalam pilihan raya umum yang lalu.

“Ini adalah untuk meneruskan usaha mentadbir negara yang menjunjung keutuhan integriti, menjamin dan membentuk ekonomi yang mapan, menegakkan kerajaan berintegriti dan melawan rasuah serta mewujudkan keharmonian antara kaum dan agama,” katanya.

Menurut beliau, Amanah juga mengambil berat kegelisahan dan kerisauan rakyat terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang didakwa ditubuhkan tanpa mandat rakyat dan membelakangkan amalan urus tadbir baik.

Ahli Parlimen Kota Raja itu mendakwa PN mengabaikan fungsi dan peranan Parlimen sebagai institusi semak dan imbang terutamanya dalam urusan perbelanjaan dana awam.

“Lebih membimbangkan, pembebasan beberapa individu yang terkait dengan tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berskala besar baru-baru ini yang menimbulkan tanggapan campur tangan politik dalam institusi kehakiman.

“Ini juga menimbulkan tanggapan akan berlaku pembebasan individu-individu lain yang sedang didakwa dan juga penularan amalan-amalan rasuah,” katanya.

Beliau juga mendakwa tindakan kerajaan PN memperalatkan kedudukan dan jawatan sebagai habuan untuk meraih sokongan ahli Parlimen akan menyebabkan kepentingan institusi negara terjejas.

“Salah guna institusi penguatkuasaan dan perundangan untuk mendakwa dan memberikan tekanan terhadap pemimpin pembangkang juga dilihat menjadi amalan baru kerajaan,” katanya.

Amanah, DAP, Warisan menyatakan sokongan terhadap pencalonan Dr Mahathir sebagai perdana menteri kesembilan jika gabungan parti pembangkang di bawah PH itu berjaya menjadi kerajaan semula.

Bagaimanapun sekutu mereka iaitu PKR telah menetapkan pendirian untuk menolak pencalonan Dr Mahathir sebaliknya menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim. – MalaysiaGazette

9 Komen

  1. Hehehe… Cakapjelah… 22 bulan memerintah tak tau buat apa pun. Ohhh lupa bakat mat sabo dan PHaruupun cuma gebang/sembang kedai kopi dan buat janji2 palsu

  2. Abg Mat masih bermimpi kemenangan melalui fitnah dan Penipuan serta segala janji palsu PH.
    Salahguna kuasa oleh PM7 dan Menteri2 PH serta manipulasi terhadap institusi kehakiman dan Gerakan merosakkan Agama Islam Bangsa Melayu dan Raja-Raja Melayu dilakukan oleh penyokong2 komunis dan pengganas Ltte dlm PH.

  3. Kalau kat org, huiii..ngata sakan. Hampa pun sama ja oi bang mat. Lepas guan eng, rafizi tu hapa nya. Bab belanjawan nak check n balance konon. Kalau utk rakyat, Guan eng ngan Atok kata negara hutang banyak? Xleh bantu rakyat. tp ada pulak duit si guan eng kasi kat institusi pnddkan swasta tanpa melalui Kemnt Pendidikan. Semua kincing hancing ja perangai

  4. Menang election suh atuk bg kamu jawatan ketua menteri ahli nujum ya..
    Dasar pengkhianat bangsa n agama

  5. Mat sabu penyokong syi’ah. Ltte dia sokong komunis pun dia sokong, tali barut dap tak boleh biar kan bersarang dalam negara. Dap pergunakan mat sabu sebab mat sabu ada pontensi jadi pak lawak orang Melayu pun suka lah. Tapi Melayu bodoh dan kayu je sokong mat sabu cerdik pandai tak sokong sebab dah nampak dah aura negatif mat sabun dapat hidu agenda komunis dan ada tali barut pengikut komunis dap. Sebab apa mat sabun di letak sebagai menteri pertahanan sebab nya mat sabu bodoh dan jika belaku ancaman apa2 mat sabu tak boleh bertindak tanpa arahan tuan nya dap senang lah negara luar nak serang sebab mat sabun dah jadi orang suruhan dap. Ideologi dap komunis cukup licik. Pertahanan negara di beri mat sabun dan mat sabun bodoh buka pekung cerita tentang aset pertahanan. Melayu bodoh je sokong mat sabu dia tak tahu motif dan tujuan. Melayu buta tuli selama nya jadi penyokong mat sabu

  6. Mat Sabu hanya boleh JANGKA, SIASAT atau bercakap bende2 FICTION atau fantasy?

    In reality, 22 bulan apa bende satu pun tak deliver!

    Deliverable, yillllleeeekss!

  7. Adoh hai KESIAN kat Bang Mat.

    Nampak-nampak macam AMANAH nak hilang banyak kerusi Negeri Dan Parlimen dalam PRU 15 akan datang. Takpe bang mat, buka kedai kari kepala ikan lepas PRU 15 nie kita orang support abis.

Comments are closed.