KUALA LUMPUR – DAP mengecam tindakan yang dikenakan ke atas pemimpinnya, Hannah Yeoh dan menggesa polis untuk menghentikan siasatan yang dibuat ketika ini.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, sebagai mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah mempunyai segala hak untuk mengeluarkan pandangannya secara umum.
Malah lebih lagi jelas bekas Menteri Kewangan itu, Ahli Parlimen Segambut itu sebelum ini melakukan isu kerja berkenaan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan.
“Sebagai seorang rakyat Malaysia, Perlembagaan Persekutuan menjamin hak kebebasan bersuara dan siasatan terhadap Hannah adalah percubaan untuk membungkam dan menakutkan beliau daripada bersuara tentang isu ini atau mengkritik kerajaan Perikatan Nasional.
“Kami berdiri teguh menyokong dan bersolidariti dengan Hannah Yeoh. Pihak berkuasa harus konsisten dengan mengambil tindakan terhadap aktivis pro-PN yang telah menyebarkan penipuan terhadap pemimpin PH seperti pembohongan mengenai saya dan anak saya yang kononnya ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Singapura dengan wang tunai RM2 juta,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh portal milik DAP, roketkini.
Hannah kini disiasat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.
Hannah telah diminta untuk hadir di Bukit Aman pada 26 Jun ini untuk disoal siasat mengenai suatu ciapan Twitter di mana beliau menzahirkan kekhuatirannya terhadap masa depan Pelan Strategi Kebangsaan bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur di bawah Kerajaan baharu.
Guan Eng menegaskan Bukit Aman telah mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa Hannah akan dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia berkaitan dengan sebuah poster yang mengandungi petikan palsu yang menggunakan gambarnya dan telah tular.
“Pihak polis sepatutnya mengenalpasti terlebih dahulu pembuat poster petikan palsu tersebut sebelum memanggil Hannah,” katanya.
Guan Eng berkata, DAP turut membantah keras tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa baru-baru ini yang membangkitkan persoalan membimbangkan mengenai hak asasi manusia iaitu hak mengeluarkan pendapat dan ruang demokrasi yang semakin mengecil di bawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Jelas beliau, insiden kedua adalah berkaitan dengan permohonan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun untuk membawa prosiding hina mahkamah terhadap Malaysiakini dan ketua pengarangnya, Steven Gan.
“Ia disebabkan komen pembaca di dalam sebuah rencana bertarikh 9 Jun yang bertajuk CJ orders all courts to be fully operational from July 1. Telah dilaporkan bahawa Mahkamah Persekutuan telahpun memberi kebenaran kepada Peguam Negara untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Malaysiakini,” katanya.
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, walaupun ada di antara komen-komen yang dibuat adalah bersifat membenci dan tidak patut dimaafkan, Peguam Negara tidak wajar cuba untuk menghukum Malaysiakini atau Steven Gan disebabkan komen-komen tersebut.
“Tindakan sekiranya ada, patut diambil terhadap mereka yang membuat ulasan, dan bukannya Malaysiakini.
“Tindakan Peguam Negara ini meletakkan tanggungjawab yang membebankan ke atas laman sesawang media dengan menjadikan mereka bertanggungjawab ke atas apa yang diucapkan oleh orang lain.
“Tindakan seharusnya diambil terhadap mereka yang membuat komen-komen yang tidak bertanggungjawab tersebut, dan bukannya terhadap portal berita yang tidak menyokong pandangan tersebut,” katanya.
Guan berkata, keadaan ini sama seperti menyalahkan kenderaan dalam sebuah kemalangan walaupun pemandu yang bertanggungjawab.
Justeru tegas beliau, DAP mendesak Peguam Negara supaya menarik balik prosiding terhadap Malaysiakini dan Steven Gan bagi mendukung kebebasan media. – MalaysiaGazette
dear Lim, Steven is responsible bc he fails to moderate the comments posted.
Dia tulis artikel mungkin dia sudah menjangka ada pembaca yang akan terbakar dan memberi komen tanpa berfikir panjang.
Satu lagi, selama nie apa yang ditulis tiada tindakan undang2 di ambil alahai mcm you punya posting le juga
Woi bodoh.. Hanna yeoh dipanggil untuk membantu siasatan. Yg kau kalut kenapa?
Mr.Guan Eng, rule of law applies to everybody. I am sorry for you as you don’t have Tommy Thomas (some call him Tommy Tomato) right now to help you and your friends in DAP. When you were the Minister of Finance in the previous government, Tommy ordered all your cases which are being heard in the courthouse to be stopped (Bungalow and Penang Tunnel). Beside Tommy, you had Mahathir and Latifah Koya at that time to help you. Compared to you, DSN is a real gentleman. When PN came into being, DSN asked his cases not to be stopped and he wanted the verdict from the judge regardless guilty or not guilty. DSN said “berani kerana benar”. You know why is did that. It was none other than the reason that he has nothing to hide. All the false allegations were a conspiracy by Mahathir, DAP and PH to topple the then BN government. BN though not perfect but the best for the rakyat. The 22 months PH came into being, you destroyed the economy of the country, particularly the Muslim economy and assets in Tabung Haji. If you go to court for all the wrong doings, up and down to the Palace of Justice in Putrajaya, I will cut a cake and celebrate. May my wish come through. May God save Malaysia and its beautiful people.
Lim guan end lu jaga sikit mulut jgn cakap tapi tak faham percakapan sendiri, itu amoi pdrm panggil sebab nak siasat ini negara u punya ka sampai mau panggil ahli dap pun tak boleh power betul dap nie tikam keris tak mampan ke begitu ego dan sombong bercakap putar belit satu masa dap berjumpa buku dengan ruas mau kasi dia tahu asal usul jgn ego dan sombong di bumi bertuan. Dap ada ilmu power ke nak berkokok di tanah orang.
Bila kena pemimpin dap terus buat ulasan, bila ag tarik kes penyokong ltte diam seribu bahasa.
Panggil utk siasat bkn tuduh lagi dh bising, inilah sikap pemimpin dap, pilih kasih..