Home Seni Hidup Tasha Shila impi bulan madu di Mekah

Tasha Shila impi bulan madu di Mekah

KUALA LUMPUR – Mendirikan rumah tangga sejak Febuari yang lalu, pelakon Tasha Shila mengimpikan untuk berbulan madu di tanah suci Mekah.

Namun akibat pandemik Covid-19 beliau dan suami Muhammad Atiq Idris terpaksa menunda hasrat mereka.

Namun beliau tidak kecewa sebaliknya menggunakan masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu untuk meluangkan masa dengan suami dan melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama.

“Setakat ini, saya dan suami hanya berbulan madu di rumah sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuat kuasa.

“InsyaAllah selepas semua kembali seperti biasa, saya dan suami tetap mahu nikmati fasa berbulan madu di Makkah,” katanya.

Beliau menganggap apa yang berlaku sekarang memberikan hikmah kerana pasangan itu dapat melakukan ibadah bersama-sama keluarga di rumah.

“Ada hikmah di sebalik ujian COVID-19 ini kerana kami banyak memanfaatkan masa bersama termasuk beribadah di rumah,” tambahnya.

Antara aktiviti Tasha Shila atau Nastashasheila Abdul Razak bersama suami dalam situasi sekarang untuk mengurangkan pergerakan keluar rumah adalah bersenam, memasak bersama-sama dan banyak lagi.

“Bagaimanapun, saya dan suami dapat berkongsi pelbagai aktiviti harian seperti memasak, bersukan, bersenam dan membaca buku dalam tempoh berkurung di rumah. Setiap hari masa diisi dengan banyak perkara bermanfaat termasuk merancang masa depan lebih baik,” katanya dipetik sebagai berkata.-MalaysiaGazette