Home Utama Tiga penjuru di PRK DUN Chini

Tiga penjuru di PRK DUN Chini

Kakitangan SPR melakukan persiapan terakhir bagi penamaan calon Pilihan Raya Kecil N. 23 Chini di Institut Kemahiran Belia Negara Pekan, Pahang. foto AFFAN FAUZI, 19 JUN 2020

CHINI – Tiada borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari ini.

Dengan perkembangan itu, PRK kesebelas selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) menyaksikan pertembungan tiga penjuru iaitui dua calon bebas dan seorang calon Barisan Nasional (BN).

Pengumuman itu dibuat Pegawai Pengurus PRK, Datuk Zaliza Zulkipli sambil disaksikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun dan timbalannya, Prof Dr Azmi Sharom.

“Dengan ini memaklumkan tiada calon yang ditolak kertas penamaan. Calon yang sah bertanding adalah Tengku Datuk Hisham mewakili bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli (bebas) dan Mohd Sharim Md Zain mewakili Barisan Nasional,” kata Zaliza.

Tengku Datuk Hisham menyerah borang pencalonannya tepat jam 9 pagi.

Diikuti calon BN, Mohd Sharim Md Zain seminit kemudian.

Seorang lagi calon Bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli juga menyerahkan borang pencalonannya jam 9.04 pagi. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Calon2 bebas sorang mahacai madey dan sorang macai pkr. Nak menghabiskan duit saja. Nak bertanding atas ph takut. Kalau kalah macam2 alasan boleh diberi. Itulah pakatan hancing.

  2. Puchong, betul kata-kata sdr., saya setuju. PH takut kalah teruk seperti di Tg.Piai.

Comments are closed.