Home Nasional 5 individu dicari kes gaduh tapak niaga surau

5 individu dicari kes gaduh tapak niaga surau

police cartel EAIC senior judge sexual harassment police PDRM Brunei Investment Agency Ponzi scheme scam domestic violence abuse victim wild party Kajang police station OCS
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Lima individu dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung satu kejadian pergaduhan di tapak niaga berhampiran Surau Al-Amin Seksyen 8 Bandar Baru Bangi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata kejadian berlaku sekitar jam 6 petang semalam.

Polis, katanya, menerima laporan polis daripada seorang lelaki mendakwa diserang oleh sekumpulan lelaki semasa berniaga buah-buahan berhampiran surau berkenaan.

“Suspek bertindak memukul mangsa menggunakan tangan dan juga membaling buah durian ke arah mangsa. Selain itu, saspek juga telah merosakkan tapak perniagaan milik mangsa. Punca kejadian adalah perebutan tapak perniagaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zaid, kertas siasatan dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 323, 506 dan 427 Kanun Keseksaan.

“Bahagian Siasatan Jenayah Polis Daerah Kajang sedang mengesan lima individu bagi membantu siasatan kes ini dan salah seorang individu dikenali dengan nama panggilan Joe yang berniaga berhampiran dengan Surau Al-Amin, Sek 8, Bandar Baru Bangi.

“Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini, boleh berhubung dengan mana-mana balai yang berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Insp Suresh di talian 017-4333795 @ 03-89114222,” tegasnya.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. If only police can act fairly, 1st need to find out the area is control by which gang , even though at the end all gangs is controlled by police

    Police should known by now that almost all kedai mamak is paying around atleast RM 500 monthly, and police knows about it
    So there is not much different from this case BN

Comments are closed.