KUALA LUMPUR – Saman Yayasan Sabah terhadap Tan Sri Musa Aman dibuat sebahagian daripada kempen fitnah.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mempersoalkan tindakan itu dan menyifatkannya sebagai satu balas dendam politik.
Menurutnya, masaa saman itu dibuat dangat meragukan, dakwanya.
“Kenapa sekarang, bukan enam bulan atau setahun lepas?
“Saya berani berkata bahawa saman mengejut yang dibuat oleh Yayasan Sabah di bawah pentadbiran Warisan itu menyerupai percubaan untuk mengenakan semula pertuduhan rasuah yang menyaksikan Musa dilepaskan tiga hari sebelum beliau memfailkan rayuan dalam kes siapakah ketua menteri Sabah sebenar pada 2018,” kata Abdul Rahman dalam satu kenyataan hari ini.
Pada Jumaat, Pengarah yayasan milik kerajaan negeri itu, Jamalul Kiram Mohd Zakaria memfailkan saman terhadap Musa dalam usaha mendapatkan semula wang berjumlah RM872 juta yang didakwa hilang semasa beliau merupakan pengerusi lembaga pemegang amanahnya.
Musa menafikan dakwaan itu dan dalam satu saman balas menuntut ganti rugi fitnah RM1 bilion, selain permohonan maaf rasmi berkait keputusan lembaga itu membuat kenyataan awam berhubung saman ratusan juta ringgit terhadap dirinya.
Rahman berkata, keputusan lembaga pemegang amanah mengumumkan saman itu secara terbuka bertujuan untuk “mengejutkan dan menakjubkan” bagi “mencetuskan sensasi dan meraih mata politik”.
“Nampaknya kerajaan pimpinan Warisan tidak berpuas hati terhadap keputusan itu dan bermati-matian mahu mengenakan Musa,” katanya.
Dalam pada itu, beliau juga berkata, kenyataan ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman menjelaskan niat kerajaan negeri.
Azis dilaporkan menyuarakan kekecewaaannya bahawa Peguam Negara, Idrus Harun memutuskan Musa tidak bersalah sedangkan Tommy Thomas sebelum itu menganggap di sebaliknya.
Abdul Rahman berkata, kenyataan Azis “membuktikan kempen fitnah terhadap Musa bermula apabila Warisan mendapat kuasa dengan sokongan kerajaan Pakatan Harapan (PH)”.
“Kenapakah keputusan Thomas memulakan semula kes Musa boleh diterima sedangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong telah melepaskan beliau, tetapi keputusan Idrus “menggugurkan kes itu dipersoalkan’,” katanya.
Beliau berkata, tidak harus ada dwistandard dalam perkara itu.- MalaysiaGazette
P mampus la BN … Zaman mu sudah berlalu
Pi mmpus lh ko warisan n ph anjing kurat..ph n warisan patti politik pling bodoh bawah shafiee
Menyedihkan pemimpin korup pun ada penyokong
Sabah maju krn BN