LONDON – Liverpool terikat seri tanpa jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Everton awal pagi tadi.
Dalam aksi di Goodison Park, the Kops selaku pelawat bergelut untuk memecahkan kubu lawan dan gagal membuka jaringan.
Selepas separuh masa pertama terikat seri tanpa jaringan, Liverpool cuba nasib di separuh masa kedua dan begitu juga Everton untuk cuba memecahkan kubu pertahanan the Reds.
Liverpool nyaris membuka gol pertama menerui sepakan percuma Fabinho bagaimanapun berjaya diselematkan penjaga gol Jordan Pickford.
Namun Liverpool nyaris dimalukan oleh Everton dalam percubaan membuka jaringan bagaimanapun berjaya ditepis Alisson.
Skuad Jurgen Klopp yang turun dengan misi untuk menjuarai 3 mata bagi menjulang Piala EPL buat julungb kali dalam tempoh 30 tahun bagaimanapun tidak kesampaian.
Keputusan seri tanpa sebarang jaringan di tempat lawan memaksa pasukan itu pulang dengan berkongsi satu mata sahaja.
Kini Liverpool memerlukan lima mata untuk menjulang kejuaraan EPL dengan syarat Manchester City wajib tewas dalam aksi menentang Burnley di Stadium Etihad malam ini.
Klopp memuji aksi Alisson yang berjaya menyelamatkan pasukan daripada dibolos gol.
Bagaimanapun, kecederaan otot James Milner kini merisaukan Klopp menjelang aksi depan di menentang Crystal Palace di Anfield. – MalaysiaGazette