Sebanyak 15 kes baharu positif Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam sehingga pukul 12 tengahari, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 8,587 kes.
Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 13 kes adalah bukan warganegara manakala dua lagi adalah kes import.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 21 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,177 kes (95.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 289 kes yang mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.