Home Nasional Covid-19: Tiga kes baharu, tiada kematian, tiga di ICU

Covid-19: Tiga kes baharu, tiada kematian, tiga di ICU

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan tiga kes baharu positif Covid-19 berbanding sembilan pesakit telah didiscaj pada hari ini.

Tiada kematian yang direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah korban keseluruhan kekal 121 atau 1.4 peratus, kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan.

Tambahnya, jumlah kes aktif Covid-19 adalah 283 dengan kes yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hanya tiga orang.

Tiada pesakit yang memerlukan alat bantuan penafasan.

Dengan itu, jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia adalah 8,590 dengan jumlah kumulatif discaj adalah 8,186 atau 95.3 peratus. – MalaysiaGazette