Home Utama GPS penentu nasib Tun M dan Anwar

GPS penentu nasib Tun M dan Anwar

KUALA LUMPUR – Dalam situasi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersaing antara satu sama lain demi mendapatkan sokongan majoriti untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri, Gerakan Parti Sarawak (GPS) dilihat sebagai king maker.

Parti itu dilihat boleh menggunakan perebutan jawatan antara kedua-dua pemimpin itu sebagai kelebihan dan peluang untuk meminta tawaran untuk Sarawak sebagai imbalan sokongan.

Bagaimanapun menurut Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, perlu diingat Mahathir mempunyai prestasi yang buruk di Sarawak kerana gagal memberikan hak kepada negeri itu meskipun pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum ini.

“Dalam konteks ini, GPS mempunyai pengalaman dengan Mahathir isu Petronas (royalti minyak) itu terlalu lama diselesaikan walaupun 22 tahun mentadbir sebab cengkaman Mahathir dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pelbagai sekatan untuk membolehkan negeri itu bersuara demi hak mereka khusus di Sabah dan Sarawak.

“Kalau ada yang cuba bersuara, melawan Putrajaya yang ketika itu dipimpin Tun M tindakan politik akan diambil itulah pengalaman dan sejarah di Malaysia Timur ini,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Ini bermakna tidak mudah untuk Mahathir meraih sokongan dari parti dominan di Negeri Bumi Kenyalang itu.

Apa pun ia juga bukan satu tiket yang mudah untuk  Anwar  mendapat sokongan daripada GPS.

Ini kerana Ketua Pembangkang berkenaan tidak mempunyai pengalaman menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri, justeru kemampuannya melunaskan tawaran sudah tentu dipersoalkan.

Anwar hanya mampu menabur berjanji namun akhirnya yang perlu bijak menilai tawaran yang diberikan adalah GPS.

“Anwar boleh berjanji tapi beliau tidak pernah lagi jadi Perdana Menteri,” tambahnya.

Namun kata Awang Azman lagi, tawaran demi tawaran kepada Sarawak juga bukanlah  pembuka jalan untuk Anwar atau Tun M kerana mereka berdua juga perlu bersaing dengan Perikatan Nasional (PN).

PN sejak mula mentadbir pada awal tahun ini telah memulakan langkah positif dengan memberi sinar pada Sarawak selepas Petronas berkompromi membayar cukai jualan (SST) kepada kerajaan negeri Sarawak ke atas produk petroleum bagi tahun 2019 berjumlah hampir RM2 bilion.

DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) baru-baru ini membuat keputusan menyokong Mahathir sebagai calon Perdana Menteri manakala Anwar pula timbalannya.

Parti Warisan Sabah (Warisan) juga telah awal lagi menyuarakan sokongan penuh kepada Tun M berkenaan sekali lagi menjadi Perdana Menteri.

Namun tidak kompromi buat PKR yang utuh dengan keputusan untuk tetap mendokong Anwar. -MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Tahun wawasan2020 adalah tahun nazak yang amat tersiksa pembalasan kejamnya Hatok Der. Wayang Karrala yang dahulunya tidak laku untuk membodohkan serta menakutkan rakyat dan MP-MP sekarang budak sekolah rendah pun dapat maklumat kerosakan yang dilakukan Hatok Der sebelum menjadi Piyem.
    Sekarang menarilah kepanasan tanpa kasut diatas tudung periuk yang dipanaskan.

  2. Percaturan mereka merebut kuasa tiada kesudahan nampaknya, sampai ke hujung nyawa..Hidung tak mancung, pipi tersorong2! Adakah mereka ini dipergunakan untuk tujuan sesuatu yg rahsia? Sbb lain macam sangat cara “push”.. klu push , siapa yg push?? Masih adakah yang berminat dgn kedua2 mereka ini? Banyak kerosakan drp kebaikan, banyak janji2 manis drp kebenaran. Atoq tak habis2 bergaduh, boleh dikatakan dgn setiap PM dia bergaduh,bukanlah suatu contoh yg baik untuk d tauladani..semua orang salah, dia jer betul tetapi salah jugak.. Anwar, ada agenda ker?? cer citer… cer citer… KEDAHSYATAN NAFSU ITU, JANGAN SAMPAI MEROSAK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA! SAYANGILAH PERPADUAN NEGARA YG BERBILANG KAUM INI. ADA YG LEBIH CRUCIAL UTK D FOKUS…

  3. Kuti dinasihat tubuh parti baru, PARTI KETTUANAN MELAYU bersama dap dan mintaik.

Comments are closed.