PETALING JAYA – Dengan kenyataan rasmi tidak menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri (PM), PKR tidak akan memberi maklum balas lagi mengenai isu yang sama walaupun jika ia dibangkitkan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan (PH).
Parti itu juga bersedia untuk kekal dengan identiti sebagai pembangkang jika PH kekurangan kerusi dalam Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan.
“Jika PH+ betul-betul kekurangan nombor (untuk membentuk kerajaan), maka kami akan terus menjadi pembangkang dan melakukan persiapan menghadapi pilihan raya,” kata seorang pemimpin PKR kepada Sinchew Daily.
Katanya, PKR perlu “bertenang” dan tidak bercadang memanggil mesyuarat Majlis Presiden PH pada masa ini.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berniat mengadakan mesyuarat PH pada masa ini kerana masih berusaha mendapat sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya.
Selain itu, PKR juga dilaporkan mengenakan larangan ke atas pemimpin untuk membuat ulasan mengenai isu itu yang dikatakan menjejaskan reputasi parti.
Sumber bagaimanapun berkata, walaupun bercanggah mengenai gandingan Mahathir-Anwar, tetapi tiga parti dalam PH tidak mengalami keretakan, tetapi akan terus bekerjasama.
Pemimpin PKR yang enggan namanya disiarkan memberitahu; “Kami tidak retak, sempadan yang kami letakkan adalah terus bekerjasama melalui PH.”
“Walaupun DAP dan PKR memberi tekanan secara terbuka ke atas PKR dan kedua-dua belah telah terluka, tetapi tidaklah sampai tahap pembubaran PH.
“Dalam pada itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pula tidak terjejas dalam perkembangan ini,” katanya. – MalaysiaGazette
Kesian Non, kena tikam dari belakang oleh DAP dan khadamnya?
Dalam hati non kata cilaka punya dap dan madey. Di luar dengan seyuman manis “kami tak retak, masih bekerjasama”.
PKR KIRIMKAN BATU NESAN UNTUK TUN M. PAN DI MINTA UNTUK BACAKAN TALKIN UNTUK TUN M. KITA GUNA KERANDA
DISESIAKAN DAP.
Nampak gaya kena tukar dari nama PH+ kepada PH- laaa pasni. Haha.