Home Nasional Mavcom, CAAM diminta fokus kembalikan IASA Kategori 1

Mavcom, CAAM diminta fokus kembalikan IASA Kategori 1

Wee Ka Siong mengadakan perbincangan dengan Saripuddin Kassim di pejabatnya di Kementerian Pengangkutan, semalam.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) diminta bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) membantu kerajaan bagi mengembalikan Penarafan Penilaian Keselamatan Penerbangan (IASA) kepada Kategori 1 selepas Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menurunkan penarafan kepada Kategori 2 pada November tahun lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, tanpa penarafan Kategori 1 itu amatlah sukar untuk kerajaan memulihkan sektor penerbangan Malaysia secara menyeluruh pada masa hadapan.

Katanya, Malaysia perlu melepasi penilaian semula Organisasi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pada tahun 2021.

Oleh itu, kedua-dua aspek teknikal dan komersial mestilah diselaraskan dengan baik serta mematuhi piawaian yang diiktiraf antarabangsa.

Artikel berkaitan:AS turunkan penarafan keselamatan ruang udara Malaysia

Penurunan penarafan FAA mungkin beri kesan kepada perkongsian kod Malaysia Airlines

http://Penarafan Penilaian Keselamatan Penerbangan

”Saya mengingatkan Mavcom mengenai peranannya yang penting untuk terus membina semula industri penerbangan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ini.

”Fokus ini penting supaya industri penerbangan negara dapat dimantapkan untuk berdepan dengan keadaan yang tidak menentu pada masa depan,” kata Ka Siong selepas menerima kunjungan Pengerusi Eksekutif Mavcom, Datuk Seri Saripuddin Kassim. – MalaysiaGazette