PARIS – Seorang pemandu penghantaran yang mati selepas diminta berhenti di lampu trafik pada Januari lalu menjerit ‘Saya lemas’ dalam rakaman video yang dilihat oleh media.
Cédric Chouviat, 42-, bapa kepada lima orang anak mendakwa dia tidak dapat bernafas sebanyak tujuh kali dalam tempoh 22 saat selepas beberapa anggota polis menjatuhkannya.
Empat pegawai polis kini telah disoal siasat mengenai kematian mangsa.
Dia meninggal di hospital dua hari selepas ditahan.
Seorang koroner kemudian memutuskan Chouviat mati kerana lemas dan tengkoroknya patah.
Anggota polis sebelum ini mendakwa mereka menghentikan Chouviat kerana dia menggunakan telefon semasa menunggang skuternya dan plat lesennya kotor, lapor akhbar Perancis Le Monde.
Penyiasat sekarang akan memutuskan sama ada keempat-empat anggota polis itu harus didakwa atas kematian mangsa.
Setakat ini tiada pegawai polis yang digantung tugas.
Menurut saksi kepada akhbar Le Monde, anggota polis yang menahan Chouviat telah mencekiknya.
Keluarga mangsa mendakwa polis telah menggunakan teknik pengekangan berbahaya dan keganasan terhadap mangsa. – MalaysiaGazette