MEXICO CITY – Gempa bumi kuat dengan 7.4 .skala Richter melanda pantai Pasifik selatan Mexico pada hari Selasa, membunuh sekurang-kurangnya lima orang.
Bencana alam itu menyebabkan hubungan kampung-kampung terpencil terputus serta menyebabkan kerosakan pada bangunan yang beratus-ratus batu jauhnya di Mexico City.
Kematian itu berlaku berhampiran pusat gempa di Oaxaca, sebuah negeri pergunungan yang terkenal dengan seni bina kolonial Sepanyol dan kopi.
Runtuhan batu-batu telah menyekat jalan gunung yang berliku-liku antara ibu kota negeri Oaxaca dan pesisir.
Pekerja penyelamat belum sampai ke semua kampung yang dilaporkan mengalami kerosakan, menimbulkan ketakutan kemungkinan lebih banyak orang mungkin cedera.
Seorang pegawai negeri Oaxaca memaklumkan pekerja penyelamat berusaha menuju ke penempatan Santa Catarina Xanaguia, berhampiran pusat gempa, yang mana gempa itu merobohkan rumah atau bahagian lereng gunung menyebabkan penduduk terperangkap.
Penduduk di sana sudah mula menghantar mesej untuk mendapatkan bantuan melalui telefon, tambah pegawai itu.
Sebuah klinik dan gereja-gereja lama di kampung-kampung berhampiran pusat gempa juga mengalami kerosakan teruk.
Mangsa yang terkorban termasuk seorang pekerja dari syarikat minyak negara Pemex, yang jatuh dari tempat tinggi.
Tragedi itu menyebabkan Pemex terpaksa menutup sementara kilang minyak terbesar di Oaxaca.
Gempa bumi melebihi 7 skala Ritchter boleh menyebabkan kerosakan teruk. – MalaysiaGazette