MEXICO CITY – Jumlah korban akibat koronavirus di Amerika Latin melepasi 100,000 pada hari Selasa, sementara Mexico mengumumkan rekod kes harian terbaharu untuk jangkitan Covid-19.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Amerika Latin muncul sebagai pusat wabak dengan peningkatan kes dan kematian walaupun gelombang jangkitan menurun di tempat-tempat lain.
Mexico pada Selasa mencatatkan 6,288 jangkitan baru dan 793 kematian tambahan Covid-19, kata Kementerian Kesihatan, menjadikan jumlah keseluruhan negara itu menjadi 191,410 kes dan 23,377 kematian.
Mexico menjadi negara paling teruk di rantau ini selepas Brazil.
Brazil pada hari Selasa mencatatkan sebanyak 1,374 kematian akibat virus dan 39, 436 kes baharu sehingga jumlah kematian akibat novel koronavirus melonjak epada 52,000 orang di negara ekonomi terbesar di Amerika Latin.
Setakat ini Brazil merekodkan lebih daripada 1.1 juta kes jangkitan Covid-19.
Virus ini juga muncul di Amerika Tengah, yang mana Guatemala pada hari Selasa mencatatkan lebih dari 700 jangkitan baharu untuk pertama kalinya dan tambahan 35 kematian, menjadikan jumlah kematian sebanyak 582 orang. – MalaysiaGazette