Home Nasional Jumlah mangsa banjir Johor terus berkurangan

Jumlah mangsa banjir Johor terus berkurangan

Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Johor berkurangan kepada 475 orang daripada 115 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 575 orang daripada 143 keluarga yang direkodkan malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R.Vidyananthan berkata, ini berikutan penutupan dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Penerok di Pontian dan SK Tiga Serangkai di Batu Pahat.

“Sehingga kini, daerah Muar masih mencatatkan  jumlah mangsa banjir terbanyak iaitu 197 orang daripada 53 keluarga.

“Ini diikuti Batu Pahat dengan sebanyak 158 orang daripada 34 keluarga dan Pontian 120 orang daripada 28 keluarga,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Setakat ini, secara keseluruhan sebanyak sembilan PPS masih beroperasi di tiga daerah berkenaan. – Bernama