Home Politik Adakan PRU-15 jika kerakusan PH tidak dapat dibendung

Adakan PRU-15 jika kerakusan PH tidak dapat dibendung

Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum Ke-15 seharusnya menjadi pilihan terakhir sekiranya  Pakatan Harapan (PH) berterusan mengganggu-gugat kestabilan kerajaan dengan proses ‘horse-trading’ atau ‘jual-beli’ dan tarik-tali dalam kalangan Ahli-Ahli Parlimen untuk meruntuhkan kepimpinan negara yang sedia ada.

Senario itu merupakan salah satu daripada tiga faktor yang dijadikan gariskan oleh Pemuda UMNO untuk mengadakan PRU ke-15.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi berkata, faktor-faktor lain yang wajar dipertimbangkan termasuk kedudukan kerajaan yang rapuh dengan majoriti yang amat kecil membuka ruang-ruang spekulasi dan permainan persepsi sebagaimana yang dicetuskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya sudah memperolehi 129 sokongan Ahli Parlimen.

Faktor ketiga apabila kerajaan berterusan ditohmah dan dipersepsikan PH sebagai ‘kerajaan tanpa mandat rakyat’ akan menghakis keyakinan komuniti pelaburan dalam dan luar negara, sekali gus menyukarkan usaha memulihkan ekonomi negara, malah merencatkan perlaksanaan dasar-dasar penting untuk rakyat.

kerakusan dan ketamakan Pakatan Harapan (PH) untuk kembali berkuasa tidak dapat dibendung hingga menyebabkan negara terus berdepan dengan ketidaktentuan lantaran krisis politik berpanjangan.

”Sekiranya ketiga-tiga faktor di atas tidak dapat dikekang dan dibendung lagi, kerajaan hakikatnya tidak banyak pilihan kecuali menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin-pemimpin yang benar-benar ikhlas berjuang membela nasib mereka dan bukannya sekadar sibuk berebut kuasa.

”Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berpendirian PRU ke-15 harus menjadi pilihan terakhir jika kerakusan dan ketamakan PH kembali berkuasa tidak dapat dibendung dan negara berterusan berhadapan dengan suasana ketidak-tentuan lantaran krisis politik berpanjangan,” katanya. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

Comments are closed.