Home Nasional Akaun telegram atas nama JPM adalah palsu

Akaun telegram atas nama JPM adalah palsu

Jangan mengikuti pautan telegram JPM palsu yang tular baru-baru ini.-JPM

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini menafikan akaun Telegram https://t.me/jpmgov diwujudkan atas nama jabatan tersebut.

Berikutan itu, JPM menasihatkan orang ramai tidak menyertai pautan tersebut bagi mengelakkan penerimaan maklumat dan berita palsu.

Jabatan Perdana Menteri hanya mempunyai akaun media sosial rasmi di Facebook iaitu @ Jab.PerdanaMenteri, twitter.com/jpmgov, www.instagram.comjabatanperdanamenteri/ dan www.youtube.comjabatanperdanamenteri.

Untuk sebarang penjelasan lanjut, sila hubungi Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-88723435.-MalaysiaGazette