Home Seni Hidup ISMA lancar tabung bawa balik pelajar Mesir

ISMA lancar tabung bawa balik pelajar Mesir

KUALA LUMPUR – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah melancarkan tabung Aku Ingin Pulang: Misi Kasih Pelajar Mesir untuk menampung sebahagian kos tiket penerbangan pelajar-pelajar yang ingin pulang tetapi tidak berkemampuan.

Ramai pelajar yang masih berada di Mesir mengharapkan bantuan kewangan kerana tiket penerbangan yang mahal lebih dua kali ganda daripada biasa.

Anggaran satu tiket sehala mencecah RM4,000 seorang, sehingga ada keluarga yang terpaksa bekerja keras untuk menampung tiket anaknya yang perlu segera pulang, kata Setiausaha Agungnya, Dr. Ahmad Kamsani Samingan.

Dalam situasi pergerakan terhad, keadaan wabak yang masih meningkat jangkitan setiap hari serta fasiliti kesihatan dan keselamatan yang sangat rendah, rakyat kita terdedah dengan pelbagai kemungkinan.

Atas tanggungjawab ini, ISMA dengan kerjasama Yayasan Maghfirah mengalu-alukan syarikat korporat, orang persendirian mahupun orang awam untuk menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pelajar kita di Mesir.

Sumbangan ini boleh disalurkan melalui akaun Yayasan Maghfirah, Maybank (562263552802) atau CIMB (8603221427). – MalaysiaGazette