LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tidak dapat menahan rasa terharu apabila mengalirkan air mata selepas skuadnya disahkan sebagai juara musim ini selepas pencabar terdekat Manchester City 2-1 kepada Chelsea sekaligus menjadi kelebihan 23 mata yang dimiliki Liverpool sukar digugat.
Perasaan penuh emosi itu berlaku ketika pengendali kelahiran Jerman itu ditemubual Sky Sports selepas disahkan sebagai juara biarpun masih lagi mempunyai tujuh baki perlawanan musim ini.
Kali terakhir Liverpool merangkul gelaran juara pada musim 1989-1990.
Awal pagi tadi, The Reds juga turut mencatat kemenangan bergaya 4-0 ke atas Crystal Palace, menjadikan mereka mengukuh kedudukan di tangga teratas liga.
“Kejayaan adalah untuk semua penyokong yang sangat menakjubkan. Raikan kegembiraan di rumah atau di luar rumah anda.
“Saya berbangga ramai orang di Liverpool meraikan momen ini. Ia adalah perasaan yang lebih daripada yang digambarkan,” tambah Klopp yang berusia 53 tahun.