LONDON – Kemenangan Chelsea ke atas Manchester City 2-1 pada awal pagi tadi mengesahkan Liverpool sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2019/2020.
Berbaki tujuh perlawanan lagi pada musim ini, skuad kendalian Jurgen Klop hanya memerlukan dua mata untuk mengesahkan kejuaraan.
Namun kekalahan City mengesahkan kejuaraan buat The Reds yang kini mendahului liga dengan 23 mata.
Ia merupakan kejuaraan yang ke-19 buat Liverpool dan yang pertama sejak penjenamaan semula Liga Perdana Inggeris pada 1992.
Kali terakhir Liverpool menjulang kejuaraan liga adalah pada tahun 1990 iaitu 30 tahun lalu.
Sejak musim 1990-91 Liverpool telah beraksi dalam 1,149 perlawanan melibatkan 103,410 minit (tidak termasuk waktu tambahan) setakat semalam sebelum bergelar juara piala ke-19.
“Sepanjang 30 tahun ini, the Kops merekodkan 595 kemenangan dengan 1,968 gol dan 2075 mata.
Namun sepanjang tiga dekad lalu, Manchester United, Chelsea dan Arsenal merupakan tiga musuh tradisi yang membawa kemusnahan besar kepada kelab itu untuk menjuarai EPL.
Justeru sepanjang 3 dekad berkenaan Liverpool telah melantik 9 pengurus tetap dalam usaha untuk merebut kejuaraan EPL yang dijenamakan semula manakala seramai 239 pemain telah direkrut dengan dana berjumlah 1.47 bilion pound.- MalaysiaGazette