TERKINI : Bila Tengok Bil Memang Rasa Marah

Orang ramai kini mula mengakui berpuas hati dengan penerangan yang diberikan Tenaga Nasional Berhad berhubung cara pengiraan bil elektrik ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menjadi rungutan segelintir pengguna ketika ini.

Rata-rata mereka mendapati TNB memiliki cara pengiraan bil tersebut sendiri selama tiga bulan lalu yang sebelum ini isu bil elektrik tinggi menjadi tular di media sosial.

Malah mereka juga memuji cara penyampaian yang mudah dan senang difahami oleh kakitangan kaunter selepas dapat menyemak kembali jumlah bil elektrik dengan pihak TNB.