Kerajaan tetap meneruskan usaha untuk memajukan kawasan Kampung Baru menerusi pelbagai kaedah.
Bagaimanapun, laporan lengkap mengenai perkembangan terkini berhubung rancangan pembangunan di kawasan tersebut sebelum ini perlu diteliti terlebih dahulu bagi mengelakkan salah faham atau isu dipolitikkan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa