Home Nasional Peruntukan RM350,000 baiki balai dan kuarters polis bukan gula-gula politik

Peruntukan RM350,000 baiki balai dan kuarters polis bukan gula-gula politik

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin (tengah) bergambar bersama anggota RELA pada Majlis Menteri Dalam Negeri Bersama RELA sempena Pilihan Raya Kecil N.23 Chini di Felda Chini Timur 3, Pahang. foto SYAFIQ AMBAK, 27 JUN 2020.

CHINI – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM640,000 untuk Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pahang dan dua buah balai polis di Chini.

Menurut menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, peruntukan itu diberikan melihat kepada keuzuran dan kedaifan kuarters tempat tinggal anggota-anggota kepunyaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Hari ini telah saya umumkan semasa saya melawat Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang kita meluluskan beberapa peruntukan untuk menaik taraf dan memperbaiki dengan jumlah RM640,000.

“Kemudian Balai Polis Paloh Hinai dan saya tengok kuarters agak terlampau daif menyebabkan kita perlu perbaiki dan tadi saya luluskan RM200,000 untuk naiktaraf dan proses perbaiki semula kuarters balai polis.

“Apabila saya buat lawatan, Balai Polis Chini saya juga lihat beberapa kuarters perlu diperbaiki saya luluskan RM150,000 perbaiki kuarters di situ,” katanya dalam sidang media hadir Majlis Menteri Dalam Negeri bersama RELA di Dewan Semai Bakti Felda Chini 3, hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (dua kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota RELA, Abul Karim @ Abdul Karim Abd Aziz (dua kanan) pada Majlis Menteri Dalam Negeri Bersama RELA sempena Pilihan Raya Kecil N.23 Chini di Felda Chini Timur 3, Pahang. foto SYAFIQ AMBAK, 27 JUN 2020.

Peruntukan yang lulus serta merta itu kata Hamzah bukan gula-gula politik dan ia adalah keperluan yang mendesak kepada anggota polis.

“Kenapa pula gula-gula politik kerana anggota polis yang mengundi di sini cuma 18 orang. Orang kerana lawatan saya di sini dan patut kita bagi peruntukan kerana menteri kerja dia adalah melihat segala yang perlu dan bantu anggota polis,” katanya lagi.

Hamzah membuat pengumuman itu serentak dengan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini yang berlangsung sehingga 4 Julai depan.

Dalam sidang media sama, Hamzah turut mengumumkan kenaikan elaun anggota RELA yang bertugas.

Beliau berkata elaun anggota itu dinaikkan daripada RM6 sejam kepada RM8 sejam bermula Januari lalu.

Kerajaan akan terus beri komitmen keselamatan rakyat terjamin behitu juga anghota rela

“Kerajan telah memperuntukkan pelbagai kemudahan antaranya perlindungan insuran berkelompok percuma dan caj rawatan percuma,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kini kerajaan PN Telus tidak menipu macam trick Mahathir juga Salah Udin yang bagi peruntukan di PRK Johor tempohari asyik “semua kebetulan” termasuk lah Tisu lembut bagi peruntukan sukan konon telah “berkurun” dirancang akhirnya terceduk hampir PH hilang duit pertaruhan. Syabas teruskan tanggungjawab membantu era kerajaan PN.

Comments are closed.