KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan beliau bersama Parti Amanah Negara, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan DAP mencalonkan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri Kesembilan.
Shafie merupakan Presiden Warisan.
Katanya, keputusan tersebut dibuat selepas beliau mengadakan perbincangan tidak rasmi bersama Shafie; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dan beberapa Ahli Parlimen lain seperti Anthony Loke, M. Kulasegaran, Liew Chin Tong dan Tan Kok Wai dalam satu pertemuan di Rumah Tetamu Sabah dekat sini dua hari lalu.
Tambahnya, mereka turut bersetuju untuk mencadangkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1 manakala anaknya, Datuk Seri Muhriz Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 2.
Beliau katanya, akan mengemukakan usul tidak percaya terhadap kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang Parlimen akan datang.
“Di dalam perbincangan, saya terbuka kepada apa juga cadangan termasuk saya tidak dicalon sebagai bakal Perdana Menteri. Di antara cadangan yang dikemuka ialah pencalonan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri.
“Kami sebulat suara bersetuju Datuk Seri Shafie Apdal dinamakan sebagai calon Perdana Menteri.
“Saya menyokong penuh cadangan ini. Yang penting ialah kita mempunyai pendirian yang tegas supaya rakyat tahu akan pendirian kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Dr. Mahathir, sekiranya langkah tersebut berjaya, ia mampu merapatkan lagi hubungan di antara semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Tegasnya, apa yang penting adalah perjuangan yang dimulakan sejak 2015 iaitu untuk membersihkan kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu dapat diteruskan.
“Saya juga percaya apa yang kita cadangkan ini dapat diterima oleh rakyat sebagai bukti bahawa personaliti-personaliti di dalam pemimpin- pemimpin parti pembangkang tidak utamakan kedudukan dan jawatan,” katanya. – MalaysiaGazette
Video Berkaitan
Makbul doa orang yg teriniaya…semakin celaru ex pm ni.
bungkuslah Atok,kesian Sepie kena spray airkencing.rosak masa depan politiknya
Sapie pulak dah ditarik hidung Dan dikencing oleh Mamak Kerala
Gigi sudah tarak terkini Hatok Der nak belit “makanan” terbaru menunya diletak “sangmukres” sebagai memancing selera.
Dari aku kecil sehingga tengahari tadi Sabah Dan Sarawak rakyatnya menuntut “keluar” dari Malaysia tup tup Hatok Der cadang nama Sepie. Mana maunya…
hata ben ross apa yang ko sembangkan. Gaya bahasa kau pun macam indon. Bila masa penduduk sabah dan sarawak menuntut keluar dari malaysia, melainkan puak2 indon dan pinoy je yang menyibuk lebih2.
Insyallah berjaya
Ini lah ketakutan pihak sebelah sama
Ini lah ketokohan dan karektor
Amin
Hatoq ni mencelaru tak sudah
Kelmarin kata nak tolong Anwar jd PM..hari ni plak nak tolong Si Shafie pintu belakang jd PM…haaa makin merapu atok nyanyuk ni
ALLAH nk tunjuk yg ko tu dah nak mampos pun tetap jgk berebut kuasa,
ko lupa ke yg dunia nie sementara,
ko anak beranak kan dah kaya raya,
mmg hidup ko xpernah ckup ngan apa yg ko da dapat ke??
apa nak jadi la dgn si tua kutuk nie,
langsung xpikir org Melayu ISLAM,
sanggup berpakat n angkat kapir laknat demi kuasa,
apa nak jadi la ngan ko nie tua kutuk oii
Hidup boboboi… Sian anak papa… Jadi tpm2 dulu ya… Nanti dapatlah jadi pm… Boleh lah tambah harta banyakkk
harap yb sepie nk buat baju kena ukur dulu badan kau.nanti terkencing terberak pulak.yg dkejar xdpt ,yg dkendong terlepas.awas ya.kesianilah rakyat sabah
Sapi Bebal jadi PM lagi banyak rasuah dan penyelewengan. Klepet wang rakyat dan tak amanah pulak tu. Cuma semburit tu tak pastilah.
Mulai hari ini, Tun lah idola kebapaan no 1 aku. Sanggup lakukan apa shj hatta porakkan negara demi anakanda tercinta. Selamat Hari Bapa buat Tun. Buat boboi, jgn jd anakku sazeli yaa..