KUALA LUMPUR – Drama bersiri ‘Tamiletchumy’ yang baru tiga minggu ditayangkan mendapat sambutan baik daripada peminat drama Tamil.
Tepat jam 9 malam tiap hari dari Isnin hingga Khamis, tidak sah jika para peminat drama yang ditayangkan di saluran Astro Vanadiltidak berada di hadapan televisyen.
Drama bersiri ini bukan menjadi pilihan yang menyajikan nyanyian wanita tempatan, Yunohoo bukan sahaja dalam kalangan masyarakat India, sebaliknya ditonton oleh semua lapisan masyarakat.
Drama bersiri 27 episod arahan pengarah, TS Dr Vimala Perumal berkisar tentang kehidupan harian masyarakat selain memberi fokus kepada pemerkasaan wanita secara keseluruhan.
Menurut penerbit Denes Kumar, Tamiletchumy yang merupakan percubaan pertama beliau dan isterinya, Vimala menghasilkan drama bersiri.
Kata Denes yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), beliau bukan sahaja terkejut malah teruja apabila diberitahu Astro Vannavil bahawa drama bersiri itu mempunyai jumlah tontonan tertinggi.
“Apa lagi boleh saya gambarkan selain rasa syukur dan teruja, bukan sahaja penghargaan buat para peminat Veedu Productions sebaliknya kepada semua. Semua yang terlibat secara langsung dan tidak sebenarnya telah membawa kepada kejayaan berbaloi ini,” ujarnya rendah diri.
Tamiletchumy mengetengahan pengorbanan yang dilalui tiga wanita yang sudah berkahwin bagi menghadapi kehidupan yang mencabar di ibu kota.
Tiga nama pelakon wanita, Tamil@Sentamizh, Letchu@Lethcumitra dan Amy@Abhiramy, disingkatkan untuk dijadilah tajuk drama itu, Tamiletchumy
Tiga pelakon utama yang membarisi drama ini sekaligus menjadi tunjang belakang kepada keberkesanan wataknya termasuklah nama-nama tidak asing dalam drama tempatan Tamil iaitu Hemaji (Tamil), Jasmin Michael (Letchu) dan Moon Nila (Amy).
Melalui temuramah serta pengamatan MalaysiaGazette baru-baru ini, perwatakan ketiga-tiga wanita dalam drama itu tidak jauh bezanya dengan karakter sebenar mereka.
Contohnya, Tamil yang dilakonkan oleh Hemaji, gadis comel ini adalah seorang yang ceria.
Hemaji mengakui ketika diberikan skrip oleh Vimala, beliau begitu teruja kerana padanya watak itu hampir menyerupai diri.
“Walaupun saya belum berkahwin namun watak yang diberikan kepada saya adalah seseorang yang sudah berkahwin dan rintangan dalam melayari kehidupan ini, hakikatnya skrip itu menepati diri saya.
“Pastinya saya lebih daripada bersetuju untuk lakonkan watak ini, kerana banyak persamaan saya dan karakter Tamil ini. Lakonan bersahaja yang anda tengok itulah diri saya yang sebenar.
“Selain memiliki sikap ‘direct to the point’ terutamanya apabila menghadapi ‘manusia-manusia’ yang banyak menyusahkan, begitulah diri saya. Malah kematangan yang ditonjol itu adalah saya dalam kehidupan sebenar.
“Cara saya bercakap, pemakaian saya dan penampilan ceria itulah diri sebenar saya. Pada saya, sememangnya satu impian juga untuk berlakon di bawah pengarahan Dr Vimala, bawah Veedu Productions, akhirnya impian itu dengan skrip yang begitu dekat dengan saya jadi kenyataan,” katanya.
Untuk makluman, sebelum ‘terjun’ ke bidang lakonan, Hemaji adalah seorang jururawat,beliau juga pernah menjadi penari.
Manakala Jasmine pula yang memegang watak Letchu bukanlah nama baharu dalam industri hiburan kerana beliau sering mencuri tumpuan peminat drama Tamil.
tDengan membawa watak seorang pegamal undang-undang yang banyak berhadapan dengan isu-isu perceraian, sememangnya watak itu amat sesuai dengan Jasmine.
“Watak Letchu dalam drama Tamiletchumy ini sebenarnya banyak mengingatkan kepada diri saya sendiri. Hampir 40 peratusnya, adalah saya. Saya maksudkan keberanian dan juga semangat dalam karekter itu.
“Bukan saya sahaja sebaliknya hampir semua wanita di luar sana memiliki kekuataan serta jati diri tinggi dalam diri dalam menempuh kehidupan seharian mereka selama ini. Itulah yang ditonjolkan dalam watak itu. Saya tidak lihat ianya sekadar watak mahupun kerjaya saya sebagai pelakon. Tidak.
“Sebaliknya banyak mesej penting yang cuba disampaikan bukan sahaja melalui watak Letchu, atau Tamil dan Amy tetapi keseluruhan kandungan drama ini. Anda atau saya tidak keseorangan sebaliknya sama-samalah kita tempuhi semua dugaan, rintangan, suka duka untuk kehidupan lebih baik.
“Hakikatnya dunia hiburan ini bukan sekadar periuk nasi seseorang sebaliknya juga sesuatu yang sukar digambarkan melalui kata-kata mahupun skrip atau seni sahaja. Ianya juga kehidupan serta realiti kita hari-hari.
“Semoga Tamiletchumy lebih daripada bahan hiburan, itulah yang saya harapkan,” ujarnya panjang lebar.
Manakala Moon Nila yang memegang watak Amy ‘digilai’ peminat bukan sahaja kerana kecantikaanya tepati penampilan beliau turut menarik.
Moon Nila sudah menempa nama sebagai ‘influencer social media’ dengan jumlah pengikut yang tidak kurang hebatnya.
Kata Moon Nila, ini merupakan drama bersiri yang pertama namun berlakon bukanlah sesuatu yang baru.
Jelasnya, beliau sudah lama berjinak-jinak dengan dunia lakonan terutamanya teater dan drama serta filem.
“Saya asalnya berkerjaya sebagai jururawat selama hampir dua tahun. Namun minat lakonan ini lain dalam diri saya, mungkin kerana itu kini saya fokus sepenuhnya dalam dunia ini.
“Berlakon bukan hanya sekadar ‘passion’ sebaliknya sesuatu yang sangat kuat dalam diri saya selama ini. Malah ketika diberikan watak Amy, saya rasa gembira dan hairan kerana ianya cukup sinonim dengan diri saya.
“Sebenarnya saya boleh gambarkan diri saya sebagai seseorang yang tabah, penyabar dan banyak memberi ruang kepada semua. Saya banyak bertolak ansur dalam banyak aspek, itu jugalah watak Amy jika anda tengok. Tapi ada juga masanya, orang yang sangat penyabar ini ada hadnya.
“Saya seorang yang amat sensitif, sangat ‘deep’ dan mungkin juga perjalanan hidup saya banyak mengajar saya untuk menempuh kehidupan ini. Pada saya, apabila berlakon atau berkarya dalam apa jua sekali pun, ianya juga patut memberi inspirasi serta pengajaran.
“Mungkin itu juga yang meyebabkan drama Tamiletchumy semakin diterima ramai, ceritanya begitu dekat dengan masyarakat, pastinya ucapan terima kasih itu tidak cukup dengan semua peminat di luar sana tetapi kami sangat menghargai sokongan anda,” jelasnya.
Pelakon lain yang membintangi drama ini termasuklah Seelan Manoheran, James Arokiasamy, Devendran Sarimirgan, Malarvizhi Shanmugam, Agalyah Maniam, Sri Kumaran dan Dhurgaashini Vijyan.
Dalam pada itu, Vimala turut menjanjikan episod-episod seterusnya akan menjadi jauh lebih dramatik serta luar dugaan yang tidak akan menghampakan penonton. – MalaysiaGazette