Home Akhbar Cina Tian Chua tidak akan dipecat

Tian Chua tidak akan dipecat

Tian Chua

PETALING JAYA – Lembaga Disiplin PKR dijangka tidak akan mengambil tindakan keras seperti menggantung atau memecat keahlian Tian Chua yang dilihat sebagai pro-Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sinchew Daily melaporkan, Tian Chua sebaliknya dijangka menerima surat amaran daripada PKR.

Tian Chua dikenakan tindakan selepas meminta secara terbuka supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta maaf kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Majlis Pimpinan Pusat PKR dijadual mengadakan mesyuarat pada Ahad ini dan agendanya termasuk membincangkan sama ada menerima cadangan lembaga disiplin berhubung tindakan yang dikenakan ke atas Tian Chua.

Sinchew Daily melaporkan, walaupun lembaga disiplin mencadangkan amaran, tetapi Majlis Pimpinan Pusat PKR boleh menerima atau menolaknya, atau memutuskan bentuk hukuman lain.

Selain itu, Tian Chua juga mencetus kontroversi apabila menjadi Pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang terletak di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang diterajui Mohamed Azmin.

Pelantikan itu menyebabkan rasa tidak puas hati ahli PKR dan menjadi ‘bom jangka masa’ buat Tian Chua dalam PKR.

“Kami tidak pasti sama ada lembaga disiplin telah menerima aduan mengenai perkara ini,” kata sumber.

Gambar Tian Chua telah dipaparkan bersama Mohamed Azmin dalam satu perkongsian sosial media mengenai pelancaran laporan MPC yang dijadual diadakan pada 30 Jun. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. TIAN CHUA TAK AKAN D PECAT,SEBAB DEPA TAW LAW PECAT TIAN CHUA,PENYOKONG DIA AKAN KELUAR PARTI RAMAI2 SEPERTI YANG LAIN..TIAN CHUA AGAK BESAR PENGARUHNYA D SELANGOR,PADAHAL KES DIA AMAT BERAT DAN LAYAK D PECAT SERTA MERTA..
    MEMANG TAK ADA TELOQ LA AHLI MAJLIS PKR,HUKUM PILIH BULU.LAW AKU JADI TIAN CHUA SETELAH D PUKUL,D KETUK KEPALA OLEH AHLI2 PENYOKONG SETAWON JAGONG,JIKA AKU BERMARUAH,AKU DAH KELUAR LAMA DAH.SEBAB YANG PUKUL TU TAK TAHU SIAPA TIAN CHUA TAWON 1997/1998..

  2. Tian Chua lah, orang yang paling Otai dalam reformasi, kalau tak nak bungkus PKR, berani pecat lah dia.

  3. Cadang minta maaf pun kena tindakan disiplin?. Mana dia kebebasan bersuara yg dilaung2kan? Hipokrit semata2. Apa mslhnya klu lantik tian chua sbg pengerusi GLC? Ini membuktikan kerajaan PN tidak memilih politik utk menjawat jwtn dlm GLC. Masa PH dulu ada buat mcm tu???. Org yg menghukum tian chua ialah org yg tidak terima hakikat yg demokrasi dan kebebasan bersuara masih subur di negara ini

Comments are closed.