Home Sukan Lampard tetap idam Rice

Lampard tetap idam Rice

Declan Rice.

LONDON – Chelsea berhasrat menjadikan Declan Rice sebagai pemimpin bahagian pertahanan musim depan apabila semakin yakin untuk menandatangani bintang West Ham itu pada musim panas ini, lapor The Sun.

Pengurus Frank Lampard kini terdesak untuk mendapatkan pemain benteng akhir di barisan belakangnya dalam usaha kembali bersaing untuk merangkul gelaran Liga Perdana musim depan.

Rice kini menjadi idaman Lampard yang berminat untuk menukarkannya daripada posisi tengah bertahan ketika ini dan kembali semula di bahagian pertahanan.

Malah Chelsea menunjukkan usaha yang serius selepas berjaya menyaingi pesaing lain dan percaya Rice boleh dimiliki dengan harga sekitar £45 juta.

Malah bintang muda itu sendiri terbuka untuk mengubah posisi pada musim depan.

Pemain berusia 21 tahun itu bermain di bek tengah dalam perlawanan baru-baru ini menentang Wolves dan pengurus Hammers, David Moyes memuji aksinya yang baik seperti di bahagian tengah bertahan.

Sementara itu, Lampard pada musim depan mahu menggunakan sistem tiga pertahanan tiga sebagai taktikal baharu musim depan. – MalaysiaGazette